Razer Labur RM30.3 Juta Untuk Pembangunan Industri E-Sukan Dan Gaming Di Singapura

By Hazril Md Nor | September 9, 2019

Pengasas Razer, Min-Liang Tan mengumumkan peruntukan dana sebanyak SGD$10 juta (RM30.3 juta) untuk pembangunan e-sukan dan permainan video di Singapura bagi 12 bulan seterusnya.

Ini antara peruntukan paling banyak dari syarikat itu bagi membangunkan industri e-sukan dan gaming di Kota Singa. Malah, peruntukan ini juga termasuk memberi bantuan kepada organisasi dan pasukan-pasukan e-sukan di negara itu.

Di laman Facebook miliknya, Tan ada menyebut peruntukan itu juga akan membantu pasukan Singapura yang bertanding di Sukan SEA 2019 yang mana e-sukan akan menjadi acara berpingat, yang pertama dalam temasya sukan berprestij.

Tan juga menggalakkan lebih ramai pemain industri dan organisasi berkaitan untuk menghubunginya bagi tujuan berkolaborasi bersama Razer.

Pada minggu lepas, Razer yang juga rakan rasmi e-sukan di Sukan SEA 2019 menganjurkan Razer SEA Bootcamp dengan menjemput skuad Evil Geniuses (Dota 2) melatih dan mentor skuad kebangsaan dari lima negara, Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina bagi persiapan menghadapi temasya dwi-tahunan Sukan SEA pada Disember nanti.

Artikel berkaitan: BuLba memberi tips pasukan Tier 1 kepada skuad kebangsaan

Acara yang berlangsung pada 2 hingga 3 September itu menyaksikan peminat menghadiri sesi meet & greet bersama EG dan jurulatihnya, BuLba berkongsi tips dan ilmu mengenai pasukan ranking teratas kepada pasukan kebangsaan yang menyertai kem latihan itu.

Foto featured image: IBTimes Singapore