Valve Membuat Perubahan Besar Pada Musim Dota Pro Circuit 2019-2020

By Hazril Md Nor | September 11, 2019

Valve umum perubahan pada Dota Pro Circuit (DPC) bagi musim 2019-2020 dengan memfokuskan pada peratusan pembayaran dan skor untuk Major dan Minor.

Mengikut laporan DotEsports, pemenang Major dikatakan akan menerima AS$300,000 berbanding AS$350,000 tahun lalu dan lebihan wang itu akan dibahagikan tapi bagi pemenang Minor, ia mengecewakan kerana mereka akan menerima hanya AS$72,000 berbanding AS$125,000 pada musim lalu. 

Namun, ini juga bermakna pasukan yang bertanding tapi ‘balik awal’ bukanlah sia-sia perjuangan mereka kerana menerima hadiah kemenangan yang lebih berbanding dulu. Ia adalah berguna untuk skuad tier two yang tidak mendapat banyak peluang meraih hadiah kemenangan lumayan seperti di Major.

Bagaimanapun kali ini, Valve tidak mengetatkan peraturan pada roster lock tapi hanya menyediakan jadual yang mana menggugurkan pemain adalah diharuskan:

  • Organisasi boleh menggugurkan pemain dari roster ketika musim DPC selagi final Minor belum lagi bermula. Pasukan boleh menggunakan seorang pemain simpanan ketika pusingan kelayakan dalam talian tapi jika lima pemain tidak hadir pada acara LAN, kesemua mata dikumpul organisasi itu akan ditolak pada kadar 40%,”
  • Jika ada perubahan ketika pasukan itu bersedia bertanding di Minor dan Major yang mereka sudah layak, organisasi akan terima penolakan mata sebanyak 20%. Bagaimanapun, ini tidak menghalang Team Liquid yang sudah ranking teratas di DPC musim lalu untuk menggugurkan pemain sebelum The International,”
  • Pusingan kelayakan serantau untuk The International juga diubah, daripada mempunyai kelayakan terbuka dan jemputan terus, pasukan lapan teratas mengikut mata DPC dari setiap rantau yang masih mempunyai roster penuh akan menerima jemputan terus
  • Valve juga akan menjalankan kelayakan Major dan Minor serentak yang bukan hanya menjimatkan masa pemain tapi membuatkan proses ini lebih lancar sekali gus tidak mengganggu pemain menyiapkan visa atau memikirkan mengenai jadual perjalanan.

Walaupun ada perubahan namun ada yang kurang berpuas hati seperti Nahaz yang mengatakan setiap pemenang Major perlu melalui pusingan kelayakan untuk Major seterusnya.

Beliau mempersoalkan kenapa pasukan kedudukan tiga teratas tidak dijemput terus. Malah, pasukan yang layak ke TI masih tidak dikenakan penalti apabila menggugurkan pemain asalkan mereka berbuat demikian sebelum Minor terakhir.

Musim DPC 2019 akan bermula pada 7 November ini dengan Minor pertama – pusingan kelayakan dibuka pada 30 September.

Sumber rujukan: DotEsports

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.