Death Stranding: Trailer Baru Menjelaskan Apa Yang Sebenarnya Berlaku Dalam Game Pelik Ini

By Intan Mawarni | September 12, 2019

Kojima Productions melancarkan trailer 7 minit menerangkan serba sedikit tentang Death Stranding sempena Tokyo Game Show (TGS 2019) yang sedang berlangsung sekarang.

Trailer ini bertindak sebagai satu pengenalan yang mana melibatkan Amelie (Lindsay Wagner) iaitu dianggap sebagai ketua untuk Amerika Syarikat dan Die-Hardman (Tommie Earl Jenkis) sedang mengadakan sesi perbincangan bersama protagonis utama game, Sam (Norman Reedus) di Pejabat Bujur, Rumah Putih.

Dalam babak berkenaan, Amelie dan Die-Hardman menerangkan kepada Sam tentang organisasi dipanggil sebagai Bridges yang ditugaskan untuk menghubungkan jaringan-jaringan bandar yang dipecah-pecahkan kerana serangan organisasi pengganas, Demens.

Ini adalah untuk meyakinkan Sam untuk menjalankan misi menghubungkan kembali jaringan dan menyelamat merentasi Amerika atau dipanggil sebagai United Cities of America (UOC). Tanpa sebab yang sahih dan ini mungkin akan diketahui pemain dalam game sebenar kemudian, Sam menolak misi ini mentah-mentah dan tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Bridges.

Pada petang ini, pencipta Death Stranding, Hideo Kojima akan menjelaskan gameplay untuk game pelik ini selama 49 minit bermula pada pukul 2.00pm di TGS 2019. Untuk tahu jadual penuh TGS 2019, klik di sini

Death Stranding akan dilancarkan pada 8 November 2019 eksklusif di PS4.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.