No Straight Roads: Saksikan Video Baru Menampilkan Pelakon Suara Bahasa Jepun & Bos Baru

By Intan Mawarni | September 12, 2019

Sempena Tokyo Game Show (TGS 2019), Metronomik mengumumkan trailer baru yang menonjolkan pelakon-pelakon suara bahasa Jepun dan bos baru untuk No Straight Roads.

Saksikannya di bawah:

Guitaris Mayday akan dilakonsuara oleh Ayane Sakura yang pernah menyumbang suara untuk Psycho-Pass, Fire Emblem Heroes dan My Hero Academia manakala pemain drum Bunk Bed Junction, Zuke akan dilakonsuara oleh Jun Fukuyama yang terkenal sebagai Joker dalam Persona 5 dan pernah muncul dalam Code Geass dan Dissidia: Final Fantasy.

Game aksi ritma ini juga menambah seorang lagi komposer jemputan, Masahiro “Godspeed” Aoki yang pernah menghasilkan muzik dalam siri Sengoku Basara dan Street Fighter V. Dengan barisan banyak ahli muzik dan komposer berbakat seperti komposer berasal dari Malaysia, Falk Au Yeong, Andy Tunstall, James Landino, Funk Fiction dan ramai lagi, tentunya pemain akan menikmati pelbagai jenis muzik dalam No Straight Roads seperti EDM, orkestra klasik dan banyak lagi.

Terdapat juga beberapa bos baru yang ditonjolkan seperti kugiran memakai jaket formal dan seorang duyung perempuan tetapi jenis muzik dan lagu mereka masih belum didedahkan oleh Metronomik.

No Straight Roads dibangunkan oleh studio tempatan Metronomik dan diterbitkan oleh Sold Out. Dalam game aksi pengembaraan berlandaskan muzik, korang mengikuti perjalanan dua ahli kugiran Bunk Bed Junction, Mayday dan Zeke untuk menumpaskan syarikat gergasi NSR iaitu sebuah empayar EDM yang telah menakluk Vinyl City dan mengharamkan segala jenis muzik berlainan.

Korang boleh main kedua-dua ahli muzik yang mempunyai kebolehan tersendiri dan bertarung bos besar mengikut rentak muzik.

No Straight Roads akan dilancarkan di PC (melalui Epic Games Store) dan PS4 pada tahun 2020.

Sumber: FB Metronomik

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.