Mobile Legends: Kekuatan Dan Kelemahan Hero Baru, Masha

By Hazril Md Nor | September 19, 2019

Hero baru, Masha baru saja dilancarkan pada dua hari lepas dan nampaknya ‘wanita liar’ ini mempunyai keunikan luar biasa dengan tiga bar nyawa (HP) malah serangan yang boleh dilakukannya juga kuat walaupun berada di bawah role tank.

Tapi sebenarnya Masha juga boleh dimainkan sebagai fighter. Nak tahu apa kelebihan dan kelemahan hero baru ini sebelum korang membuat pembelian? Jom baca!

 

Kelebihan 

1. Mempunyai kuasa serangan tinggi untuk lawan hero dan turret.

Masha mempunyai kuasa pertama yang mampu meningkat basic attack dan ini membolehkan hero ini menumpaskan musuh pada fasa awal permainan dan menghancur menara pertahanan dengan mudah.

2. Turtle? Tiada masalah

Kekuatan pada kuasa pertamanya juga boleh dimanfaat untuk membunuh Turtle dan Lord dengan cepat berbanding hero lain. Selain itu, Masha cukup hebat di laning phase kerana mampu sustain dengan keunikan tiga bar nyawa dan lifesteal.

3. Boleh naikkan kembali bar nyawa

Masha mungkin tak perlu recall dengan kerap kerana dia mempunyai lifesteal yang mencukupi dan kuasa yang mampu menaikkan kembali bar nyawa hingga tahap maksima.

4. Kelajuan pergerakan luar biasa

Wanita liar ini juga mempunyai kelajuan bergerak dengan cepat menggunakan salah satu kuasanya. Walaupun nyawanya akan turun, namun dengan movement speed laju boleh melarikan diri dari situasi berbahaya!

5. Boleh disarm musuh

Apa itu disarm? Ia adalah ciri baru diperkenalkan dalam Mobile Legends yang mana musuh boleh bergerak namun tidak mampu auto attack. Raungan Masha mampu membuatkan hero menjatuhkan senjata mereka agak jauh dan perlu mengutip jika ingin menyerang kembali. Efek ini adalah selama 2 saat.

6. Boleh gap closure

Setiap tank memerlukan kuasa yang boleh merapatkan kedudukan untuk mengganggu musuh. Dia boleh mara ke depan dan mengenakan serangan tanpa perlu menggunakan Flicker.

 

Kelemahan

1. Kuasa serangan yang tidak jauh

Seperti hero fighter lain, Masha mempunyai kekurangan apabila berdepan Marksman atau Mage yang mempunyai serangan lebih jauh. Namun, pemain Masha yang bijak boleh memperbaiki limitasi ini dan mencari cara untuk merapatkan kedudukan dengan backline musuh.

2. Boleh dihentikan dengan crowd control yang kuat

Hero seperti Akai, Gatotkaca, Tigreal dan hero crowd control (CC) yang lain boleh membuatkan Masha tidak berguna dalam perlawanan. Ini kerana dia tak mempunyai kuasa untuk melepaskan diri dari CC.

3. Kurang impak ketika Teamfight

Masha mungkin kuat jika 1v1 namun sebagai tank/fighter, dia tak mempunyai heavy CC seperti tank lain yang boleh memberi impak besar dalam perlawanan. Pemain Masha perlu bijak untuk tangkap MM atau mage dengan keupayaan hibridnya sebagai fighter.