PMCO: AROV Esports Bolot Chicken Dinner Buat Pertama Kali

By Hazril Md Nor | October 8, 2019

Pada minggu terakhir liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split, pasukan Malaysia, AROV Esports berjaya mendapatkan Winner-Winner Chicken Dinner (WWCD) pertama untuk mereka dalam perlawanan pembukaan hari kesembilan belas sebentar tadi.

Dalam bulatan terakhir, AROV mendapat kelebihan apabila berada dalam kompaun yang selamat manakala dua pasukan Malaysia lain, Yoodo dan VIP berada di kawasan lapang. Tatkala kedua mereka itu bertarung, AROV berbekalkan kompaun yang ada menembak dari jauh dan mengetahui lokasi masing-masing dengan tepat. 

Sementara itu, pasukan Ryu berada di luar bulatan dan hanya satu pemain selamat sebelum ditewaskan. Walaupun Boyka gagal untuk melanggar pemain terakhir Ryu, AROV berjaya melenyapkan Jumper (VIP) dan terus menembak Dron (Ryu) lalu memperoleh WWCD.

Mereka mendapat skor keseluruhan sebanyak 35 mata dengan 15 mata pembunuhan. Dengan kemenangan itu, mereka naik ke anak tangga ke-16 dengan 414 mata (setakat artikel ini ditulis).

AROV menerima bantuan pemain keempat sebagai stand-in iaitu Erynn dari Bapak Ah selepas ketiadaan Smokey yang terpaksa pulang ke tanahair kerana bapanya yang menghidap kanser.

Artikel berkaitan: Erynn ganti Smokey untuk minggu akhir PMCO

Sementara itu, pasukan Malaysia lain, Team Secret, VIP Squad dan Bapak Ah masing-masing di tangga ke-18, ke-19 dan ke-20.

Saksikan livestream sekarang di Youtube.