#OCS2019 – Recap Hari Kedua, Empat Pasukan Ini Akan Bertarung Di Semi Final

By Hazril Md Nor | November 3, 2019

Omen Challenger Series 2019 hari kedua diteruskan semalam yang mana menyaksikan pasukan Malaysia, FrostFire gagal mendapatkan slot ke playoffs manakala empat pasukan lain sudah pun mara dan akan berlawan pada hari ini.

Artikel berkaitan: Perjuangan FrostFire berakhir

Di kumpulan A, pasukan Thailand, Alpha Red tidak memberi peluang kepada mana-mana pasukan, memenangi kesemua 10 peta yang dimainkan. Posisi dan strategi digunakan mereka ternyata berhasil biarpun pasukan kuat lain seperti Absolute tetap tidak mampu menyaingi mereka di peringkat kumpulan ini.

Selain itu skuad dari Jepun, Absolute juga terus menyinar di peringkat kumpulan, hanya tewas berdepan Alpha Red dalam 10 peta dimainkan.

Di kumpulan B pula, pasukan Grayhound yang kini menduduki tangga ke-20 dunia mengikut rekod HLTV juga mara ke playoffs. Mereka adalah satu-satunya pasukan bertanding yang pernah menyertai Major sebelum ini.

Jadi prestasi mereka tidak boleh disangkal lagi dalam peringkat kumpulan.

Sementara itu, Bren Esports dari Filipina pula tidak kurang hebatnya memberi saingan dengan rekod 7-3 menang kalah.

Mereka akan bertarung menentang Alpha Red pada perlawanan pembukaan hari terakhir pada jam 11:30 pagi nanti (waktu Malaysia).

Untuk info lanjut dan segala info mengenai Omen Challenger Series 2019, boleh ke Twitter kami dan Facebook.

Saksikan livestream di Facebook rasmi Omen By HP.