PUBG: The Face Gaming Sasar Tempat Pertama Peringkat Nasional Asia Pacific Predator League

By Hazril Md Nor | December 7, 2019

Pasukan profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Malaysia, The Face Gaming menyasarkan untuk mendapat tempat pertama di kejohanan Predator League Asia Pasifik peringkat nasional yang berlangsung hari ini dan esok di Battle Arena, Kuala Lumpur. 

“Kami menyasarkan juara untuk mara ke Grand Final yang diadakan di Manila, Filipina tahun depan.

“Latihan selama enam jam sehari (3 jam untuk perlawanan umum dan 3 jam lagi berlatih bersama pasukan pro Malaysia yang lain). 

“Apabila scrim (berlatih), kami akan anggap ia sebagai satu pertandingan untuk membiasakan diri di hari pertandingan,” kata Amirul “Erulll” Afiq, kapten pasukan skuad TFG V2.

TFG V2 yang diwakili oleh Erulll, njRx, no1ze, Nurman96 dan KnyG ingin bertanding menentang Battle Arena Elites yang mempunyai komposisi pemain-pemain hebat.

Hari ini, mereka mula bertanding bersama pasukan di bawah naungan yang sama, The Face Gaming V1 dan juga 14 skuad Malaysia lain.

Asia Pacific Predator League peringkat nasional mempertandingkan slot ke Grand Final di Manila, Filipina tahun depan selain hadiah wang tunai terkumpul RM21,400 yang mana RM10,000 dianugerahkan kepada juara.

Mereka bertarung dalam 12 peta (6 peta bagi setiap hari). 

Saksikan perlawanan langsung di Facebook rasmi Predator Gaming

(Foto: Amirul Afiq)