CSGO: Vici Gaming Menang Conquerors Insignia 2019, Bawa Pulang RM166,440

By Hazril Md Nor | December 9, 2019

Skuad China, Vici Gaming yang dianggotai seorang pemain Malaysia, Andrew “Kaze” Khong bersama empat lagi pemain China berjaya memenangi kejohanan Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) Conquerors Insignia 2019 yang dianjurkan di Amphitheater @ Sunway Lagoon, Selangor pada Sabtu dan semalam.

Mereka membawa pulang wang tunai RM166,440 selepas menewaskan pasukan India, NASR Esports.

Di tempat kedua, NASR membawa pulang wang tunai RM83,220, tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh Global Esports dan dreamScape yang bawa pulang RM20,800.

Selain itu terdapat perlawanan persahabatan antara We.Baeters dan Battle Arena Elites (dua skuad CS:GO wanita negara).

Kejohanan dibawakan oleh Playtonia itu mengumpulkan keseluruhan RM291,000 dan empat pasukan terbaik seluruh dunia bertanding di pusingan semi-final dan Grand Final menerusi format best of 3 selepas memenangi pusingan serantau yang diadakan tak lama dulu.

(Foto: Playtonia)