Marvel Super War Adalah MOBA Mudah Alih Baharu, Konsep Serupa Mobile Legends, AOV

By Hazril Md Nor | January 9, 2020

Marvel Super War, permainan mudah alih berkonsepkan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) dari NetEase akhirnya dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas.

Ia memaparkan karakter-karakter dari dunia Marvel seperti Captain America, Iceman, Spider-Man dan ramai lagi. Konsepnya juga hampir serupa dengan MOBA mudah alih Mobile Legends: Bang Bang dan Arena of Valor.

Pemain mengguna dan mengawal satu karakter Marvel di dalam medan pertarungan lima lawan lima yang terbahagi kepada tiga laluan. Objektif utama ialah memusnahkan kubu lawan di samping menewaskan musuh yang cuba menghalang.

Marvel Super War juga menawarkan pelbagai kostum yang boleh didapati dalam komik dan filem. Lebih menarik, anda pastinya akan mudah memahami permainan mudah alih ini kerana sudah terbiasa dengan watak-watak Marvel. 

Muat turun versi Android dan iOS sekarang.

(Sumber: TheSixthAxis)