Mobile Legends: Pemain Boleh Gunakan RM30 e-Tunai Rakyat Untuk Recharge Diamonds

By Hazril Md Nor | January 15, 2020

Hari ini, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100 ribu setahun layak menerima insentif dari kerajaan iaitu RM30 menerusi inisiatif e-Tunai Rakyat yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 baru-baru ini.

Bagi pemain Mobile Legends, anda boleh menggunakan insentif ini untuk menambahkan nilai Diamonds dalam akaun MLBB anda.

Caranya, log masuk ke aplikasi e-dompet, Boost dan klik pautan untuk selesaikan beberapa langkah bagi menebus RM30 e-Tunai anda. Selepas menerima amaun tersebut dalam beberapa jam, anda boleh ke tab yang ketiga dan klik pada ‘more‘.

Skrol ke bawah sehingga menjumpai sub-heading bertajuk ‘Games’ dan klik pada UniPin.

Pilih permainan Mobile Legends: Bang Bang dan isikan nama ID berserta kod zon di ruangan kosong. Di langkah kedua, pilih RM30 untuk 415 Diamonds.

Kemudian, Boost akan meminta nombor telefon untuk diisikan di ruangan terakhir sebagai bukti pembelian. Selepas klik “Confirm”, anda perlu sahkan pembelian dengan menggunakan baki dalam eWallet.


Selain Diamonds, jika anda berminat untuk membeli kod Steam, PSN ataupun Nintendo eShop, anda boleh menebusnya di dalam aplikasi Boost ataupun membelinya menerusi Touch n Go eWallet di kedai serbaneka 7 Eleven.