DOTA 2: Team Secret Muncul Juara DreamLeague Season 8 Major!

By Hazril Md Nor | December 4, 2017

Tahniah Team Secret! Daripada prestasi yang konsisten di upper bracket, mereka berjaya mengalahkan Liquid di winner’s finals dan kemudian bertembung kembali di pusingan akhir namun mendapat kemenangan mudah 3-0 ke atas juara The International 7 itu.

TEAM Secret memenangi Major Dota 2 yang terakhir untuk tahun ini. FOTO: Wykrhm Reddy

Team Secret yang dianggotai oleh Puppey, Yapzor, FATA, Ace dan pemain Malaysia, Midone kini menduduki tempat teratas dalam ranking Dota Pro Circuit. Satu kejayaan yang besar dalam #RoadToTI8 

Pastinya dengan kemenangan ini mereka sudah menempah tiket untuk mendapat jemputan terus ke ESL One Genting 2018 yang akan berlangsung pada Januari tahun depan.