Mobile Legends: Carmilla – Mage Atau Support?

By Hazril Md Nor | January 17, 2020

Hero baru Mobile Legends: Bang Bang, Carmilla baru saja dilancarkan dan ramai yang skeptikal dengan peranan sebenarnya, sama ada mage atau support kerana mengikut peranan asalnya, dia dilabelkan sebagai support.

 

Kita perhatikan kuasa Carmilla terlebih dulu

Sebenarnya, hero ini lebih mirip kepada Alice kerana set kuasanya yang perlu berada dekat dengan pihak musuh sambil menyedut nyawa tapi berbeza dengan Alice, Carmilla tidak mempunyai escape mechanism yang berkesan selain menambahkan kelajuan pergerakan saja.

Vampire Pact (pasif) – Membenarkan Carmilla mencuri pertahanan fizikal dan magikal dari musuh sementara mengenakan damage kepada mereka.

Kuasa ini sebenarnya mampu menjadikan Carmilla hero yang boleh satu lawan satu kerana dia memperoleh pertahanan ekstra sementara serangan masih dilakukan pada musuh.

Ia sangat berguna jika anda seorang midlaner ataupun hero pembantu yang perlu sentiasa mendekati musuh untuk gerakan efektif.

Crimson Flower – Carmilla memanggil dua Sanguine Bats berpusing dikelilingnya, mengenakan serangan berterusan kepada musuh berdekatan.

Ini adalah bread and butter kepada Carmilla dan kuasa ini sangat penting untuk menambahkan nyawanya. Oleh kerana dia perlu sentiasa berdekatan musuh, kuasa ini scale dengan 25% dari keseluruhan Magic Power jadi jika build anda Mage, ia boleh menjadikan anda sangat powerful seperti Alice.

Kuasa ini juga berguna jika anda seorang support untuk tank Tower sekiranya MM perlukan tower dive. Ia juga menambahkan kelajuan pergerakan sebanyak 25% untuk keluar dari zon bahaya.

Bloodbath – Carmilla mengumpulkan tenaga Bloodbath sebanyak lima (maksimum) untuk dilontarkan kepada seorang musuh dengan bentuk stun. Kuasa ini juga menambahkan kelajuan pergerakan sebanyak 60%, sangat berguna untuk open war kepada MM secara mengejut dan juga berguna untuk roaming.

Sebagai support, ini adalah kuasa penting untuk anda bantu MM memulakan fight daripada semak berdekatan. 

Kuasa ini stack dengan Crimson Flower jadi anda akan bergerak begitu laju, sangat berguna untuk larikan diri juga (jika musuh tiada hero stun).

Curse of Blood – Kuasa ini akan memberikan satu sumpahan kepada musuh berdekatan (3 maksimum) untuk 5 saat. Setiap serangan akan dikenakan bersama tapi sasaran kedua dan ketiga menerima 70% kurang damage dan 50% kurang Crowd Control.

Kuasa ini adalah game changer pada minit akhir perlawanan kerana setiap kuasa atau serangan dikenakan akan ‘berjangkit’ dan boleh menurunkan nyawa musuh dengan cepat. Digabungkan dengan teammate seperti Odette dan Terizla, anda boleh amplify lagi serangan ultimate mereka dengan kuasa ini.

Stun seperti Aurora juga berkesan kepada ketiga-tiga musuh.

 

Jadi.. mage atau support?

Sebenarnya ia terpulang kepada anda dengan cara memainkannya. Jika penulis, Carmilla lebih sesuai kepada support kerana dia tak mempunyai escape mechanism yang bagus untuk mid hero (jika musuh banyak stunner). Kuasanya juga sangat berguna untuk support yang agresif (satu peranan yang jarang diketengahkan dalam permainan seperti Lolita).

Ultimate Carmilla lebih sesuai digandingkan dengan hero mage seperti Pharsa, Kagura, Lunox atau Gusion yang mempunyai damage tinggi sekali gus membantu anda menjatuhkan musuh dengan cepat. 

Jika anda bermainnya sebagai mage, digalakkan memilih hero ini jika musuh tiada banyak stunner kerana kuasanya sangat berguna dan efektif hanya apabila berada berdekatan. 

Kuasa pertamanya yang mempunyai cooldown agak lama juga membuatkan hero ini kurang efektif sebagai midlaner. Carmilla juga tiada ultimate yang betul-betul efektif untuk membunuh musuh dengan cepat dan ia hanya lebih berkesan jika dikenakan pada lebih seorang musuh.

Item tank-support seperti Athena’s Shield, Oracle, Ice Queen Wang dan Courage Mask sangat berguna untuknya, membolehkan dia bergerak begitu laju dan sustain jika dikelilingi kelima-lima musuh.

Clock of Destiny pula berguna jika anda memainkannya sebagai mage kerana tambahan magic power dan nyawa.

Anda boleh mendapatkan hero ini sekarang dengan 32,000 battle points atau 419 Diamonds.