Mobile Legends: “Jep Nampak Lebih Bersemangat Sekarang Bersama Bosskurr,” – Bebbie VJ

By Hazril Md Nor | January 20, 2020

Sebagai seorang isteri, sememangnya mereka mahukan yang terbaik untuk suami, tidak kiralah apa jenis pekerjaan yang diceburi asalkan ia memberikan pulangan memuaskan, tidak terlepas dari tanggungjawab dan mempunyai masa terluang untuk mereka.

Bagi Syahaitul Akma Mazlan atau Bebbie VJ, dia menghormati keputusan suaminya, Mohd Haqqani Jaffar (2ez4jepv) yang bertukar pasukan dari Geek Fam Mobile Legends ke Team Bosskurr. Menceritakan pandangannya, dia merasakan perkara itu normal.

“Bagi saya, sebagai pemain e-sukan, perpindahan pasukan itu memang normal. Kalau kita nak capai sesuatu kejayaan, berpindah pasukan itu mesti. 

“Sama seperti mana-mana pekerjaan lain, jika kita nak sesuatu yang terbaik, mestilah kena tukar tempat kerja, melainkan kerja itu adalah yang betul-betul serasi dengan kita,” katanya.

Bebbie VJ juga melihat perubahan pada suaminya, kebanyakannya positif. Katanya, Jep semakin bersemangat untuk strim.

“Dia mahu buat yang terbaik untuk pasukan ini dan membawa mereka menjadi juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL). In sha Allah,” katanya. 

Sebagai seorang isteri dan sekarang bergelar ibu, dia sangat menghormati kerjaya suaminya sebagai penghibur penstriman langsung sepenuh masa.

“Sama seperti sebelum kahwin dulu, Jep akan bagitahu saya kalau dia nak strim dan bila dia nak berlatih.

“Dia memang seorang yang tegas dan berpendirian kalau pasal kerja. Kalau dia tak cukup video dan watch hour, memang tak senang duduk.

“Kalau barang dapur tak cukup, saya kena bagitahu awal-awal supaya tak ganggu set masa dia untuk strim. Saya bangga dengan dia sebab dia tak lupa tanggungjawab sebagai suami. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Menurut Bebbie, sebelum ini Jep memang satu pasukan dengan ahli-ahli Bosskurr sekarang (yang dulunya dikenali sebagai Team Saiyan (MSC 2017).

“Mereka kenal sudah lama juga. Pendapat saya, Jep akan lebih selesa di Bosskurr kerana pemain-pemain pasukan ini peramah dan kelakar juga,” katanya mengakhiri perbualan.

Ini adalah lineup penuh bagi Team Bosskurr menjelang MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima:

  • Rush
  • Logan
  • 2ez4jepv
  • Syno
  • Zaraki
  • Leixia
  • Hangus (Jurulatih)

Bagi pusingan kelayakan, MPL MY/SG Musim Kelima akan bermula pada 7 hingga 9 Februari (Malaysia) diikuti dengan 15 dan 16 Februari untuk warga Singapura. Hanya dua pasukan Malaysia dan satu pasukan Singapura akan layak ke musim liga. 

Tapi selepas menyaksikan kurangnya dua pasukan jemputan terus (asalnya tujuh), berkemungkinan penganjur akan menambahkan bilangan pasukan yang layak dari pusingan kelayakan.

Seperti musim lalu, liga akan berlangsung selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad – pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Artikel berkaitan: 5 pasukan dijemput terus

Daftar kelayakan MPL di LINK INI.