Mobile Legends: 7 Hero Yang Korang Patut Ban Di Mod Rank

By Hazril Md Nor | January 20, 2020

Tahun baru, azam baru dan harapan baru.

Ramai antara kita pemain Mobile Legends yang baru saja menjejakkan kaki ke Mythic dan tak hairanlah ada antara korang yang masih belum tahu hero mana perlu dikeluarkan dari permainan kerana kuasa mereka yang dianggap overpowered (OP).

Ini dia penulis senaraikan tujuh hero yang wajar dikeluarkan (banned) dari mod rank.

 

1. Gusion

Hero assassin-mage ini tak perlu dinafikan lagi memang popular dan selalu dipilih. Siapa yang jari ‘laju’ dan cekap boleh mahir hero ini dengan mudah. Disebabkan berstatus assassin dan mage, Gusion mempunyai tahap serangan yang tinggi dalam permainan.

Sebagai midlaner, hero ini boleh burst sesiapa saja dengan mudah. Paling bahaya, kalau Gusion berjaya snowball (dapat banyak mata bunuh) pada awal perlawanan, dia boleh membawa kemenangan dengan mudah kepada pasukan.

Jadi disebabkan Gusion mempunyai kelincahan dan pada masa sama damage tinggi, hero ini sepatutnya dikeluarkan daripada permainan. Tapi jika pasukan anda mempunyai Khufra atau Kaja, ia adalah direct counter dan tak perlu risau jika pasukan lawan ada Gusion.

 

2. Khufra

Bercakap soal tank, Khufra adalah hero top-tier sekarang dan selalu diidamkan dalam pasukan. Kuasa pertamanya yang boleh melompat ke arah musuh untuk open war sangat ditakuti begitu juga dengan Bouncing Ball yang menghalang hero seperti Gusion, Harith dan sesiapa saja menggunakan flicker atau kuasa dash-short blink. Ulti Khufra adalah game changer dan boleh menukar keadaan medan pertarungan.

Jika semua hero tertangkap di kawasan Lord, dia boleh stun kesemuanya dengan sekali gus. Khufra juga boleh menangkap marksman dengan mudah dan dia cukup tanky kerana Bouncing Ball mengurangkan jumlah serangan terhadapnya.

 

3. Granger 

Hero marksman ini memang diidamkan pasukan sejak awal pelancarannya. Selain mempunyai dash, kuasa pertamanya boleh juke dan kite musuh dari jarak jauh. Ultimate Granger cukup berbahaya jika dia full item kerana damagenya boleh meletup jika musuh berdekatan. Granger juga adalah antara marksman pertama yang boleh memulakan war dengan efektif selain Hanabi.

Jadi disebabkan itu juga hero ini selalu dikeluarkan dalam perlawanan.

Selain itu, buff terdahulu yang ditukar kepada red buff dan blue buff sangat memainkan peranan. Red buff membantu MM untuk mengenakan 100% damage fizikal (true damage) ditambah lagi dengan slow sebanyak 30% yang mempunyai cooldown hanya 3 saat!

 

4. Bruno

Bruno mempunyai tahap serangan paling tinggi dalam dunia Mobile Legends. Critical damage dengan kuasa pertamanya boleh mencecah sehingga lebih 2,000 dan dia boleh one on one ke atas fighter dengan mudah kerana serangan jauh selain boleh dash untuk kejar atau lari. 

Ulti Bruno pula berkesan pada saat teamfight kerana bola tersebut boleh melantun antara musuh.

Disebabkan Bruno adalah MM, juga selalu di-ban kerana red buff.

 

5. Kaja

Kaja adalah hero pembantu (support) yang paling agresif dan digeruni dalam dunia Mobile Legends. Kekuatannya terletak pada kombo yang paling biasa digunakan; Flicker dan Ulti. Kombo ini adalah game changer pada minit akhir perlawanan jika Kaja berjaya menangkap marksman musuh.  Spell seperti Purify juga tidak boleh melepaskan hero dari ditarik Kaja, menjadikan hero ini berkesan melawan Gusion, Harith, Lunox dan mana-mana marksman lain.

Ditambah dengan item Fleeting Time yang wajib untuk slot pertama, Kaja perlu menggunakan ulti dan menambah assist sekerap mungkin bagi memenangi perlawanan.

 

6. Harith

Pada mulanya Harith dikenakan nerf (dilemahkan) untuk dua patch dan hero ini terus dilupakan dalam mod rank. Tapi bagi patch 1.4.44 yang juga patch bagi kedatangan hero baru Carmilla, Harith menerima buff pada Chrono Dash dengan mengurangkan cooldown sebanyak 1 saat untuk kesemua peringkat.

Ini membolehkan Harith dash dengan lebih kerap ketika Zaman Force dan dibantu oleh Blue Buff. 

 

7. Ling

Hero ini bukan saja mempunyai mobility yang tinggi tapi juga susah untuk ditewaskan. Kuasa pertamanya membolehkan Ling roam dengan begitu cepat dan mencuri buff menggunakan retribution tanpa gangguan. Ling juga sukar untuk dibunuh apabila berada di atas dinding kerana dia perlu ditembak menggunakan kuasa skill shot saja. 

Ulti Ling juga berguna untuk larikan diri ataupun mengelak dari sebarang ulti berbahaya seperti Granger, Lunox, Gusion ataupun hero lain. 

Terdapat banyak lagi hero lain boleh dijadikan alternatif untuk ban seperti Kimmy dan Grock.