Mobile Legends: Khufra Dan Esmeralda Akan Menerima Skin Valentine’s Day?

By Hazril Md Nor | January 28, 2020

Dua hero popular dalam Mobile Legends: Bang Bang, Khufra dan Esmeralda dikatakan bakal menerima skin eksklusif sempena Hari Kekasih yang dipanggil ‘Partners in Crime’. 

Mengikut lore yang asal dalam permainan ini, mereka berdua adalah sepasang kekasih pada masa lalu (kuasa diperoleh Esmeralda dari Starmoon Casket membolehkannya mengingati kisah cinta antara Khufra dan Astrologer pertama, Eslora).

Di dalam kisah tersebut, Eslora memerangkap Khufra yang tamakkan kuasa dan ingin memporak-perandakan Western Desert.

Bagi Esmeralda, skin miliknya dinamakan Lady Thief dan Khufra (Gentleman Thief).

Masih tidak pasti berapa harga skin ini apabila ia dilancarkan pada sekitar 14 Februari nanti tapi pastinya ramai yang menantikan kerana populariti kedua hero ini.

Sebelum ini, Alucard dan Miya meraikan Hari Kekasih pada 2018, diikuti Gusion dan Lesley pada tahun lepas.