MPL Indonesia – Lapan Pasukan, RM1.2 Juta Prizepool

By Hazril Md Nor | January 30, 2020

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Indonesia Musim Kelima akan bermula pada Februari ini hingga April 2020.

Lapan pasukan berentap untuk merebut hadiah terkumpul 4 biliion Rupiah (RM1.2 juta):

1. ALTER EGO ESPORTS

2. AURA

3. Bigetron Alpha

4. EVOS Legends

5. Geek Fam ID

6. Genflix Aerowolf

7. Onic E-Sports

8. Rex Regum Qeon (RRQ)

Kali ini, orang ramai mempunyai banyak pilihan untuk tontonan iaitu di Facebook, Nimo TV dan Youtube.

Lucas Mao, Pesuruhjaya Liga MPL Indonesia mengatakan “kerjasama antara MPL dan Moonton dapat mencipta ekosistem yang lebih matang di Indonesia dari tahun ke tahun. Salah satu rahsia kejayaan liga ini ialah mendengar kata-kata peminat. Penganjuran MDL adalah hasil dari maklumbalas peminat dan di musim kelima ini, kami akan fokuskan sepenuhnya untuk memudahkan pemain dan peminat serta pasukan menikmati permainan ini,”

Mobile Legends: Bang Bang Developmental League (MDL) dan MLBB Campus Championship (MLCC)

MDL adalah usaha Moonton untuk mencari bakat baru dalam kalangan pemain e-sukan dan juga pengurusan. Selain itu, mereka juga mengadakan acara penting tahun ini khas bagi siswa di Indonesia iaitu Mobile Legends: Bang Bang Campus Championship (MLCC) bagi meningkatkan semangat kompetitif dari peringkat akar umbi (universiti/kolej).