Mobile Legends: Ibu Berusia 38 Tahun Ini Pernah Jadi Top Global Lolita

By Hazril Md Nor | February 3, 2020

Bagi seorang ibu, kebanyakan masa dihabiskan untuk anak dan melakukan kerja rumah ataupun bekerja di pejabat.

Tapi bagi Syarifah Silvia “Viorell” Assegaff dari Indonesia, dia lebih banyak luangkan masa untuk bermain Mobile Legends: Bang Bang malah menempa nama sebagai pemain Lolita terbaik. 

Lapor ONEEsports, ibu kepada seorang anak ini adalah bekas pemain pro pada 17 tahun lalu.

“Pada 2003, saya mula main Countestrike dan berjaya ke tahap profesional. Masa itu, pemain profesional wanita sukar ditemui.

“Saya menyertai pasukan lima orang wanita tapi ketika itu pasukan wanita masih kurang jadi kami terpaksa sertai acara campuran. Kami kerap dijemput ke kejohanan e-sukan sebagai jemputan tapi akhirnya kami terpaksa berpecah kerana sukar untuk tubuhkan pasukan semuanya wanita,” Viorell juga pernah menjadi satu-satunya pemain wanita dalam pasukan terdiri daripada lelaki.

Sejak kehilangan bapanya dan enam tahun berhenti sebagai pemain kompetitif, dia mula bermain Mobile Legends.

“Masa anak saya makan dan tengok Youtube, saya mula nampak iklan Mobile Legends. Grafik pun macam bagus jadi saya cubalah.

“Pada awalnya saya pemain Marksman dan mula bermain Tank sebab tak ada orang mahu mencuba. Tank lain semua nampak garang dan menakutkan tapi bagi saya Lolita sangat comel dengan tukul besar,”

Dia juga berdepan kesukaran untuk bermain Tank dan hanya bermain Lolita dengan kerap hingga mencapai rank global 70.

“Masa itu saya tak fikir pasal winrate dan saya perlu AFK dengan kerap sebab nak tengokkan anak.

“Tapi apabila musim 12 dah nak habis, saya sudah berada di kedudukan keempat global rank.

“Selepas itu, saya banyak party bersama kawan-kawan dan Tank pun selalu diperlukan dalam permainan,”

Viorell adalah Top Global nombor satu Lolita pada akhir musim 12.

(Sumber: ONEEsports)