Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Peranti Pintar Pada Mac

By Hazril Md Nor | February 7, 2020

Teamfight Tactics (TFT) nampaknya akan hadir ke peranti pintar pada Mac dan pemain boleh mencuba permainan strategi ala-ala Auto Chess oleh Riot ini dalam versi beta tertutup. Sebelum ini ia dilancarkan di PC dan macOS.

Difahamkan, beta ini akan hadir dalam beberapa minggu lagi sebelum ia dilancarkan sepenuhnya pada Mac. Jika anda di Android, dah boleh pra-daftar di LINK ini.

Berbeza dari permainan lain yang mungkin lebih berbeza antara PC dan Mobile, TFT adalah permainan rentas-pelantar (cross-platform) dengan inventory, rank dan perkembangan pemain yang dikongsi bersama. Ini bermakna TFT berkongsi visual dan banyak ciri sama antara PC dan mobile.

Tujuan Riot Games untuk melancarkan TFT ke mobile pastinya kerana business move mereka bagi pasaran Asia Tenggara yang lebih terarah kepada peranti pintar. Bagaimanapun, Mobile Legends: Bang Bang dari Moonton juga mempunyai auto-chess mereka sendiri iaitu Magic Chess.

Penulis rasakan peminat bagi permainan mudah alih ini akan datang dari komuniti League of Legends dan beberapa peminat MLBB yang ingin mencuba.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.