PUBG Global Series Berlin Ditangguhkan Kerana Novel Coronavirus

By Burhanudin Zamri | February 11, 2020

Penularan novel coronavirus (2019-nCoV) masih melanda dunia dan industri e-sukan antarabangsa terpaksa menangguh serta membatalkan banyak kejohanan.

Baru-baru ini, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Corp, pembangun permainan PUBG, mengumumkan bahawa kejohanan PUBG Global Series (PGS) Berlin akan ditangguhkan kerana wabak itu.

PGS Berlin pada asalnya dijadualkan untuk berlangsung pada bulan April ini di Berlin, Jerman. Tarikh baru untuk kejohanan tersebut belum ditetapkan.

Dalam pengumuman yang sama, PUBG Corp juga menyatakan tarikh untuk pusingan kelayakan juga mungkin diubah.

Walaubagaimanapun, rancangan mereka untuk mengadakan empat kejohanan antarabangsa tetap akan diteruskan.

Setakat ini, 14 kes coronavirus telah disahkan di Jerman.

Pada awal tahun ini, beberapa kejohanan e-sukan lain seperti Overwatch League di China, Acer Asia Pacific Predator League, dan banyak lagi juga telah ditundakan.

Sumber: PUBG Corp

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.