Selamat Hari Kekasih! Ikuti Gamers/Streamers Ini Kongsi Kehidupan Bersama Pasangan
Hari Kekasih biasanya diraikan pada tanggal 14 Februari setiap tahun.
Ikuti perkongsian 14 gamers/streamers ini tentang kehidupan mereka bersama pasangan!
1. Seraveem
Nama penuh: Azizan Hasnor
IGN: Seraveem
FB Page: Seraveem
Usia: 31 Tahun
Tarikh berkahwin: 2019
Dah berapa lama anda berkecimpung dalam industri gaming?
Saya mula sejak 2016, bermula dengan platform Twitch, kemudian saya mencuba Youtube Gaming seterusnya Hamo Tv. Sekarang ini saya menjadi streamer sepenuh masa di Facebook.
Apa cabaran berkaitan gaming yang timbul selepas berkahwin?
Cabaran yang paling ketara sekali adalah pengurusan masa. Sewaktu saya masih lagi bujang, saya boleh stream sehingga lewat malam dan juga tidak perlu risau waktu makan.
Kehidupan sekarang lebih teratur kerana setiap malam saya akan makan malam bersama isteri dahulu sebelum saya mula stream.
2. Adele (Ellemonade) & Abel (Sunbird)
Nama: Adele (Ellemonade), 22 & Abel (Sunbird), 28
FB Page: Ellemonade
Tarikh berpacaran: 2018
Dah berapa lama anda berkecimpung dalam industri gaming?
Saya mula pada usia sangat muda ketika abang dapat PS1. Dia akan bangun awal nak main dan saya akan tengok dia main game. Kadang-kadang saya sendiri akan main mula-mula dari permainan single-player kemudian kepada permainan dalam talian macam Gunbound, O2Jam, Maple Story dan Counter Strike. Saya suka cuba banyak game dan sangat ketagih untuk main lagi dan lagi!
Apa cabaran bersama pasangan sejak anda mula berpacaran?
Pada mula-mula kami ada banyak persamaan dari segi minat. Ketika itu ada satu game MOBA dan susah untuk saya kejar rank dia sebab isu ranking. Tapi dia sentiasa bersabar dan ajar saya untuk main lebih baik. Walaupun ada berbeza pendapat, ia menjadikan kami lebih rapat dan kami juga cuba main game-game lain. Sekarang kami ada enam permainan yang disukai bersama.
Bagaimana gaming mengeratkan hubungan bersama pasangan?
Bagi kami, gaming adalah satu hobi yang mencabar kami untuk bekerjasama dalam satu situasi yang sukar. Ia membina kepercayaan dan keserasian di dunia nyata. Selain gaming, kami akan teroka aspek lain dalam permainan contohnya cosplaying. Disebabkan kami suka permainan yang sama, jadi kami akan menggayakan kostum karakter kegemaran bersama-sama!
3. J Hunter & Qistina
Nama penuh: Azrul Anwar
FB Page: J Hunter
Usia: 34 tahun
Tarikh kahwin: November 2019
Dah berapa lama anda berkecimpung dalam industri gaming?
Saya sudah lapan tahun dalam industri; tiga tahun sebagai pemain dan bakinya sebagai streamer, penganjur kejohanan, pengulas dan lain-lain.
Apa cabaran berkaitan gaming yang timbul selepas berkahwin?
Tak banyak cabaran sebab isteri memahami skop kerja kerana dari industri yang sama, jadi saling memahami.
Bagaimana gaming mengeratkan hubungan bersama pasangan?
Mengeratkan hubungan: Kadangkala stream bersama dan bermain game atas minat bersama atau pergi ke acara di Jepun atau mana-mana dalam negara yang berkaitan game.
4. Peachism & Kaze
Nama: Sze Yean/Peachism & Andrew Khong/kaze
FB Page: Peachism & Kazecs
Tarikh berpacaran: Jun 2019
Bagaimana anda mula ceburi bidang gaming dan berjumpa pasangan?
Abang saya yang buat saya teringin main MMORPG sampaikan empat tahun main.
Mula-mula, Kaze dan saya kenal antara satu sama lain tapi tak pernah bercakap. DIA YANG FOLLOW SAYA DEKAT IG DULU. Jadi lepas tu kami banyak bermesej dan bercakap. Saya yang mula dulu sebab nak tahu pasal Zowie Divina mouse dan macam mana seseorang tu boleh makan steamboat yang sama pada hari lain dalam satu minggu!
Jadi saya banyak tanya dia pasal steamboat, apa yang best sangat.
Apa kebaikan gaming untuk anda berdua?
Untuk diri saya, ia membuka perspektif dan saya dapat memahami masalah kawan-kawan. Setiap orang ada kesukaran tak kira usia, bangsa dan warganegara. Saya dapat bantu lebih ramai orang dengan mendengar dan beri pendapat.
Kami berdua dalam industri e-sukan dan ini membantu kami memahami asas industri ini bersama jadi ia tak buat hubungan kami jadi kekok macam hubungan orang lain. Kenangan paling manis apabila dia memberi sokongan moral dari jauh (China) dan terus cuba buat saya tersenyum sehingga kini.
5. ZackxGaming
Nama penuh: Mohamad Zakhry Zainal Abidin dan Nuraina Batrisyia Norshapren
FB Page: Zackxgaming
Usia: 22 tahun
Tarikh kahwin: 2017
Dah berapa lama anda berkecimpung dalam industri gaming?
Saya berkecimpung dalam bidang ni dah lama, sejak sekolah lagi dah minat main game. Mula serius mendalami industri ni sejak dua tahun lepas.
Apa cabaran berkaitan gaming yang timbul selepas berkahwin?
Cabaran selepas kahwin kena bahagikan masa dengan anak bini, keluarga di kampung dan latihan bersama rakan sepasukan ataupun waktu untuk stream dekat Facebook. Masa streaming ada awek-awek yang cuba nak minta nombor telefon saya, itu juga salah satu cabaran untuk diri saya. MashaAllah.
Bagaimana gaming mengeratkan hubungan bersama pasangan?
Selalu jugak saya dengan wife main game PUBG. Kadang-kadang sebelum tidur kami akan borak-borak pasal livestream yang saya buat haritu. Saya akan kongsikan benda-benda kelakar terjadi masa live.
Saya dengan isteri dah masuk 3tahun berkahwin. Alhamdullilah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Adam Zafran.
6. Micho & Li Wei
Nama: Micho & Li Wei
IGN: MiloChocolateTeh (steam) & Milo Chocolate Teh (MLBB); IGN MLBB BF: 小苏打
FB Page: Micho the Haram-Bae
Usia: 28 (Micho), 26 (Li Wei)
Bila anda mula menceburi bidang gaming?
Bermula pada usia empat tahun apabila saya tak sengaja memenangi pusingan paling senang dalam DOOM (1993) dan ayah ingat saya berbakat main game – kemudian dia mengajar saya bermain game dan saya tak berhenti sejak itu.
Cabaran berkaitan gaming yang timbul selepas berpacaran?
Disebabkan kami dalam hubungan jarak jauh (saya di Selangor, dia di Dongguan, China), jadi susah untuk kami bermain permainan PC sebab server berbeza. Sambungan internet perlahan dan VPN pun menyukarkan kami bermain Dota 2 bersama. Tapi kami pilih main PUBG Mobile dan MLBB jadi kurang sikit masalah (dialah penyebab saya aktif dalam MLBB, sampai dapat ke rank Mythic dan no.35 Angela di kawasan Petaling).
Apa kebaikan gaming pada kehidupan anda berdua?
Kebanyakan aktiviti kami hanya berkaitan gaming kerana hubungan jarak jauh. Dan menerusi gaming, saya boleh nampak macam mana dia punya sabar walaupun situasi jadi sukar (banyak kalah, tak sama pendapat). Saya sangat hargai sebab tujuan utama sebenarnya nak have fun.
Untuk kenangan manis kami bersama adalah apabila dia install Steam, dan cuba Dota 2 pertama kali hanya untuk saya sebab dia tahu saya peminat tegar. Dia nak tunjuk dia kisah dengan apa saya minat. Walaupun usaha tu nampak kecil, tapi paling bermakna buat saya.
Ketika kami berkenalan dalam talian, dia ada menyatakan hasrat nak datang ke Malaysia. Dari situ saya tersentuh dengan kejujuran dan usaha dia.
7. ManParang
Nama penuh: Aiman Amirul Bin Mohd Sahid
FB Page: ManParang
Tarikh kahwin: 18 Ogos 2018
Dah berapa lama anda berkecimpung dalam industri gaming?
Setakat ini saya sudah berada tiga tahun dalam industri. Sebelum ini saya bermain PUBG di PC dan kemudian bertukar kompetitif di PUBG Mobile pula.
Apa cabaran berkaitan gaming yang timbul selepas berkahwin?
Cabaran melalui pengurusan masa sebab sehari stream tiga hingga lima jam. Sekarang pun saya main secara kompetitif untuk pasukan tanah air jadi perlu peruntukkan waktu latihan selama tiga hingga lima jam bersama ahli pasukan.
8. TapakGamer (pasangan suami isteri)
Nama penuh: Muhammad Rifaaie bin Shahruddin & Amalina Syazana binti Abdul Latiff
IGN: SilverShroud & KusQus
FB Page: TapakGamer
Usia: 27 tahun & 26 tahun
Tarikh kahwin: 24 Ogos 2019
Dah berapa lama main game dan melakukan streaming?
Saya bermula main game pada 8 tahun dengan menggunakan PC abang saya. Secara keseluruhan, dah nak masuk 19 tahun saya bermain game.
Untuk streaming, saya sudah bermula pada tahun 2017 lagi, dengan beberapa rakan seperti Meera Never One, Amalul dari Brunei, juga Nik ‘Papagamer’ (sekarang pengasas RacunTech) di page Gameraki (dah tak aktif) dan seterusnya page saya sendiri, SilverShroud.
Menjadikan saya telah stream selama 3 tahun secara on-off, (time tu, rasa nak stream baru stream, takde mood, tak stream).
Untuk wife pula, dia mula main game pada umur 11 tahun, dan dia telah bermain game selama 15 tahun. Dia mula berjinak dalam dunia streaming selepas kahwin, secara tiba-tiba, isteri berminat untuk tahu macam mana stream ni dijalankan. Kiranya, belum sampai setahun lagi dan hanya beberapa bulan, dan semuanya bermula di page TapakGamer.
Apa cabaran berkaitan gaming yang timbul selepas kahwin?
Bagi kami, masa merupakan cabaran bagi kami. Kami berkerjaya dan kami kerja di tempat yang sama dan kami bekerja pada waktu yang berbeza which is dari jam 12 tengahari sehingga 9 malam.
Jadi, masa untuk kami bermain game dan stream sangat lah terhad (which is 10 atau 11 malam ke atas), tetapi kami cuba untuk konsisten stream dan juga bermain game atas dasar minat.
Bagaimana gaming mengeratkan hubungan bersama pasangan?
Bila dah berkahwin ni, bermain game boleh dijadikan satu aktiviti yang berkualiti untuk kami luangkan masa bersama-sama. Ianya lagi dirasai bila kami bermain game yang memerlukan teamwork. Antaranya The Division, Breakpoint, Gears of Wars.
Bila saya dan wife mampu menghabiskan sesuatu misi, kami terasa sangat puas hati dengan callout dan juga keserasian kami lebih kukuh. Dengan game juga, kami boleh melepaskan tekanan tempat kerja, dan stream tempat kami bercerita tentang kehidupan seharian.
9. AylRhmn
Nama penuh: Mohd Nazzrul Rahman Bin Myrlizam AKA Ayul Rahman
Media sosial: IG: @ayulrahman, FB: aylrhmn gaming
Usia: 34 tahun
Tarikh kahwin: 2015
Dah berapa lama main game dan melakukan streaming?
Saya bermula dari tahun 2017 bermain game di platform PS4. Sudah hampir 2 tahun di dalam bidang streaming.
Apa cabaran berkaitan gaming yang timbul selepas kahwin?
Cabaran pertama sukar untuk kita focus kepada permainan game, sebab selalu diganggu oleh isteri. Kedua, isteri selalu merajuk bila kita main game terlalu lama. Tapi tiada masalah kita boleh pujuk balik. Haha!
Bagaimana gaming mengeratkan hubungan bersama pasangan?
Selepas pasangan saya didiagnos mengalami penyakit Pulmonary Hypertension pada tahun lepas, dan memerlukan kos perubatan yang agak tinggi, saya mengambil keputusan untuk menjadikan bidang streaming sebagai punca pendapatan kami sekeluarga.
Isteri saya kini dapat menerima dan memberi sokongan untuk meneruskan bidang streaming ini kerana dia faham ianya dapat membantu meringankan beban kewangan kami.
10. Bebbie VJ & 2ez4jepv
Nama penuh: Syahaitul Akma Binti Mazlan/Bebbie VJ
Nama/FB Page Suami: Mohd Haqqani Jaffar | 2ez4jepv
Bagaimana anda mula mengenali e-sukan?
Saya mengenali wujudnya e-sukan sejak adanya tournament Dota dan Mobile Legends: Bang Bang. Dari tournament kecil-kecilan sampai antarabangsa. Saya kenal suami ketika itu dalam kumpulan Saiyan. Kumpulan Saiyan masa tu hanyalah group kecil-kecil sahaja.
Apa cabaran berkaitan gaming yang timbul selepas kahwin?
Cabaran berkaitan gaming sekarang sebab dah ada anak maka dengan itu, kena kurangkan main game. Sedar ada hadnya sebagai isteri dan ibu. Bagi Jep pula, dia akan tahu bahagikan masa main game, dan luang masa bersama anak. Untuk stream pulak dah tak boleh jerit-jerit dah nanti anak terjaga.
Bagaimana gaming mengeratkan hubungan bersama pasangan?
Masa anak tidur, boleh main game sama-sama. Biasanya mod custom dan Magic Chess. Buli antara satu sama lain siapa kalah akan cuci pinggan! Or vacum rumah! Wahahaha.
11. Adam “SparTankeR” Faiz & Puteri
Nama penuh: Adam Faiz Isa
IGN/FB Page: SparTankeR
Usia: 26 tahun
Dah berapa lama anda berkecimpung dalam industri gaming?
Saya dengan tidak sengajanya melibatkan diri dalam industri ini pada tahun 2017. Saya mula dengan streaming! Iaitu bermain game dan berkongsi pengalaman tersebut secara siaran langsung di laman sosial. Sebenarnya, saya tidak tahu apa itu industri e-sukan sewaktu saya bermula. Saya membuat livestream kerana suka idea berkongsi pengalaman bermain game kerana saya tidak mempunyai banyak teman yang mempunyai hobi yang sama.
Apa cabaran berkaitan gaming yang timbul selepas kahwin?
Jawapan saya mungkin membosankan tetapi sejujurnya, sangat sukar bagi saya untuk mencari cabaran berkaitan gaming selepas berkahwin dengan isteri saya, Puteri! Sebenarnya, semuanya begitu baik dan lancar sehingga kami tidak sedar bahawa itu adalah satu kebaikan juga haha! Kerana ini sudah menjadi rutin harian kami.
Bagaimana gaming mengeratkan hubungan bersama pasangan?
Gaming mengeratkan hubungan kami berdua dari sebelum sehinggalah selepas berkahwin. Kami stream bersama, kami push rank bersama dalam Mobile Legends, bina bandar-bandar yang hebat bersama dalam City Skyline, dan macam-macam lagi. Perbincangan tentang gaming pada setiap hari sememangnya mengeratkan hubungan kami berdua! Isteri saya kadang-kadang mengigau dalam tidurnya, ketawa sambil menyebut nama karakter-karakter dalam game! Psst, jangan bagi dia tahu saya cakap ni hahaha!
12. Dawei & Summer
Nama: Dawei “Xero” Teng
FB page: Dawei “Xero” Teng
Usia: 26 tahun
Tarikh berpacaran: Sejak Mei 2011
Bila anda mula menceburi bidang gaming?
Saya mula main permainan di Miniclip ketika kecil sehinggalah ayah bawa ke kafe siber untuk luangkan masa dan dari situ saya mula jatuh cinta dengan permainan video (game multi-pemain pertama adalah Counter Strike 1.6).
Cabaran berkaitan gaming bersama pasangan?
Pada awalnya, dia taklah suka sangat game dan tak faham hobi masa lapang saya tapi masih lagi berikan sokongan walau apa pun. Tapi kemudian, dia cuba nak faham tapi tak ada PC atau komputer riba, jadi kami bersama-sama kumpul duit untuk belikan dia satu.
Memori indah bersama pasangan?
Gaming kemudiannya menjadi minat bersama dan kami banyak habiskan masa dengan hobi tersebut. Memori terindah saya adalah menyokong dia sampai dia boleh main dengan betul dan senyuman dia bagi lepas menang game tu memang tak ternilai. Haha.
13. CortX Kaki Game
Nama Penuh: Muhammad Said Bin Mohamad Faudzi
Usia: 32 tahun
IGN: CortX
FB page: CortX Kaki Game
Tarikh kahwin: 23 November 2019
Sejak bila anda berkecimpung dalam industri?
Saya mula jadi streamer sejak tahun 2016. Masa tu bidang ni kira masih baru lagi dan tak ramai yang tahu pasal streamer. Kemudian saya mendapat jemputan untuk menjadi pengulas bagi game Mobile Legends dari Esport Negeri Sembilan pada tahun 2017. Bermula dari situ saya diambil pula menjadi pengulas Liga Profesional MLBB (MPL) Musim 2, 3, 4 dan Insya-Allah untuk yang akan datang nanti Musim 5.
Cabaran kehidupan selepas berkahwin?
Cabaran paling utama ialah MASA. Dulu kita ada masa untuk diri sendiri je nak stream nak kerja nak rehat. Sekarang kena pandai bahagi masa untuk kerja dan keluarga. Jadi bila masa kita tak kerja tu kena la luangkan masa untuk keluarga. Tengok movie sama-sama. Bawa keluar jalan-jalan kalau rasa nak main game ajak dia main sekali walaupun dia tak berapa nak reti (lol).
Cabaran kedua belanjawan. Sebagaimana yang kita semua tahu barang-barang untuk streaming, PC Gaming bukan murah. Jadi bila dah berkeluarga kena pandai bahagi-bahagi untuk naik taraf stream, kewangan untuk keluarga dan simpanan pada masa depan.
Bagaimana game mengeratkan hubungan suami isteri.
Macam saya, isteri tak berapa gemar sangat main game, ada lah main sikit-sikit. Dia lagi suka tengok orang main game. Jadi kena pandai ambil hati, contoh belikan controller PS4 warna pink rose gold bagi dia minat main sama-sama. Isteri saya pun banyak bantu belakang tabir dari segi report dan administrative work. Jadi kami banyak berbincang. Alhamdulillah, dia faham dengan kerja saya.
Tapi apapun perjalanan masih jauh banyak lagi dugaan yang perlu kami tempuh, yang perlu kami baiki. Mohon doa yang baik-baik untuk kami. Terima kasih banyak-banyak bagi anda yang sentiasa menyokong CortX Kaki Game.
14. Lin Jer
Nama penuh: Muhamad Ilham Kamarudin & Nadiatul Akmal Khairudin
Tarikh kahwin: Oktober 2018
Sejak bila anda berada dalam industri?
Sudah lima tahun saya berkecimpung dalam industri ini.
Cabaran kehidupan selepas berkahwin?
Selalunya cabaran yang ada adalah masa. Disebabkan saya sibuk dengan pengulasan atau esports production, saya selalu kerja pada hari minggu atau di luar waktu bekerja. Ketika ini, isteri akan menunggu saya balik ke rumah.
Bagaimana game mengeratkan hubungan suami isteri?
Isteri saya bukan seorang game tapi dia selalu cuba main game yang sama, cuba untuk menghayati apa saya minat. Sekarang dekat rumah, kami selalu berada dalam bilik khas untuk gaming dan berbual apa yang kami lakukan di tempat kerja.
—
Terima kasih kerana membaca!
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.