Ini Dia 10 Hero Mobile Legends Yang Perlukan Revamp

By Hazril Md Nor | February 17, 2020

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) mempunyai barisan hero yang hebat dan unik. Tapi seperti permainan MOBA lain, peredaran masa dan patch berbeza membuatkan hero ini kurang atau tidak lagi relevan dimainkan dalam meta sekarang.

Penulis banyak kali bermain mod Ranked dan kebanyakan hero dipilih adalah sama kerana mereka sangat sesuai dengan meta terkini. Bolehkah kita mencuba hero off-meta di rank? Semestinya. Tapi adakah mereka cukup kuat untuk menyaingi lambakan hero overpowered (OP) yang ada sekarang? Semestinya tidak.

Di sini penulis senaraikan 10 hero yang secara peribadinya penulis rasa wajar diberikan revamp (ditukar kuasanya) untuk mencapai standard terkini:

 

1. Roger

Sang serigala ini adalah raja kepada perlawanan satu lawan satu. Bagilah sesiapa saja berlawan dengannya pasti akan tewas pada early atau mid game. Tapi kini, hero seperti Masha, Ling dan Harith yang mempunyai mobility tinggi mudah sekali untuk tewaskan Roger.

Bukan itu saja, Roger memerlukan immunity untuk serang secara berterusan bermakna jika dia berlawan hero dengan kuasa crowd control yang banyak, agak begitu sukar untuk Roger. Satu lagi form sebagai marksman juga tidak begitu kuat impaknya dalam perlawanan.

Jadi sekarang ini, Roger perlukan revamp untuk terus kekal relevan.

 

2. Karina

Dahulu, Karina sangatlah kuat kerana damage begitu tinggi. Tapi selepas menerima nerf dan banyak hero yang tinggi mobility dihasilkan, Karina boleh dikatakan pilihan terakhir dalam senarai assassin-mage. Malah jika diberi pilihan, mereka akan mengambil Gusion kerana faktor mobility dan burst damage.

Jika berdepan dengan hero crowd control tinggi, Karina susah untuk menyinar sekali gus memerlukan revamp

 

3. Saber

Assassin yang juga seorang cyborg ini mempunyai kuasa sangat hebat untuk kunci marksman atau hero musuh yang paling berbahaya. 

Ultinya sangat berguna kerana daya serangan tinggi. Tapi kuasanya yang lain agak kurang impak untuk menjatuhkan pihak musuh sekarang.

 

4. Yi Sun-Shin 

Hero marksman ini mempunyai kuasa unik boleh menaiki kura-kura terbang untuk bergerak laju. Ultinya pula berguna untuk serang kesemua musuh dalam peta.

Tapi popularitinya menjunam berbanding MM lain. Tengok saja dalam mod klasik mahupun rank, hampir tidak ada seorang pun yang menggunakannya.

 

5. Balmond

Hero separuh tank separuh fighter ini memang kuat tapi kuasanya kurang crowd control. Untuk bermain tank, seharusnya mempunyai satu kuasa CC yang berguna untuk mengawal musuh tapi Balmond tak mempunyai kelebihan ini.

Walaupun ultinya kuat dan cepat tapi tidak ramai yang menggunakan hero ini. Balmond sama seperti Hilda yang juga fighter-tank tapi ramai keliru untuk memanfaatkan kuasa mereka mengikut peranan ditetapkan ini.

 

6. Harley 

Hero ini juga sangat kuat untuk kunci seorang marksman musuh dengan ultinya yang lebih kuat bergantung kepada serangan dikenakan terhadap musuh. Bagaimanapun, jika hero lawan dijaga oleh tank seperti Lolita dan Baxia, Harley boleh dikatakan agak useless dan tidak memberi impak dalam perlawanan.

Jika kuasanya ditambah dengan keupayaan untuk silence atau lebih mirip dengan Leblanc dari LOL, mungkin dia akan lebih bermanfaat dalam perlawanan.

 

7. Argus

Ketika awal-awal hero ini keluar, ramai yang mengatakan dia owerpowered kerana ultinya yang boleh melambatkan kematian dan menambahkan nyawa (seperti Abaddon dalam Dota 2).

Tapi Argus mempunyai kelemahan kerana musuh mudah untuk kite (mengacah dengan serang dan lari).

 

8. Estes

Hero pembantu ini sangat berguna jika bermain mod klasik… tapi dalam rank, jarang yang dapat memanfaatkan kekuatan hero ini kerana meta sekarang yang lebih kepada burst damage

Jadi kuasa penyembuhannya tidaklah begitu berguna apabila berdepan mage seperti Gusion, Gord ataupun Harith. 

 

9. Hilda

Hilda mungkin antara hero yang cukup laju bergerak dalam peta sebelum kedatangan Ling dan Carmilla.

Kuasa unik untuk heal apabila berada dalam semak membuatkan Hilda sebagai fighter yang ditakuti suatu ketika dulu. Tapi sekarang lebih banyak fighter yang lebih bermanfaat dalam teamfight contohnya Leomord, Dyrroth dan Badang.

 

10. Zilong

Hero ini mempunyai kelebihan untuk split-push dan boleh melarikan diri pada bila-bila masa. Tapi kelemahan Zilong sangat ketara di sini; kuasanya kurang impak dalam perlawanan dan jika dia split-push, pasukannya akan kekuarangan seorang damage-dealer

Zilong biasanya akan dimainkan di rank rendah atau klasik apabila seseorang itu baru saja berjinak-jinak dalam MLBB.

——-

Jadi inilah hero-hero yang penulis rasa wajar diberikan revamp. Natalia dan Freya pula akan menerima revamp dan kini diuji di advanced server.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.