MPL: Team SMG Ingin Pamer Prestasi Cemerlang Pada Musim Liga Kali Ini

By Hazril Md Nor | February 25, 2020

Makan Cendol adalah pasukan Malaysia yang layak ke musim liga MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima. Penulis juga melaporkan pasukan ini dijenamakan semula sebagai Team SMG.

Muhd Fadhil Hishamuddin (Padel) yang kini menjadi pengurus bersedia menyahut cabaran baru berikutan posisinya sebagai jurulatih sebelum ini kini diambil alih oleh Ahmad “Bonezzyy” Syazwan Bin Anuar.

Syazwan sebelum ini pernah menjadi jurulatih untuk pasukan Dota 2 Fnatic dan ketua jurulatih bagi atlet e-sukan di Sukan SEA 2019.

“Jurulatih yang baru (Syazwan) lagi profesional dan sekarang saya pikul tanggungjawab untuk uruskan pasukan.

“Saya pun dah lama bersama mereka, sudah setahun lebih,” kata Padel.

Pemilikan Team SMG ke atas pasukan Makan Cendol ini juga dilihat positif. Kata Padel, mereka akan berusaha sehabis baik untuk menghadapi musim liga bermula Sabtu ini.

“Sebelum ini kami berada di tempat ketujuh dan kelapan jadi kami ingin sasar untuk jadi juara kali ini.

“Kalau ada rezeki boleh ke Piala Asia Tenggara (MSC) tahun ini,” jelasnya.

Ini adalah lineup penuh pasukan tersebut:

  • Mohammad “Ax” Aiqal Bin Amran
  • Mohammad “Artha” Al Hatta
  • Mohammad “Raisyaa” Zaim Bin Amir Izat
  • Aeliff “Smooth” Adam
  • Muhammad “Tacuz” Fairuz Bin Mohamad
  • Muhammad “Kuku” Siddiq Fadhil Bin Mohd Noor (Simpanan)
  • Ahmad “Bonezzyy” Syazwan Bin Anuar (Jurulatih)
  • Muhd “Padel” Fadhil Bin Hishamuddin (Pengurus)

Musim liga MPL MY/SG Musim Kelima akan berlangsung selama enam minggu bermula Sabtu ini dengan hadiah wang terkumpul RM410,000.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.