Atlet Sukan SEA Tekken 7, Zaba Dan Fate Sertai Pasukan Yoodo

By Burhanudin Zamri | February 26, 2020

Industri e-sukan Malaysia makin berkembang tetapi masih terdapat genre permainan video yang kurang mendapat perhatian. Antaranya ialah genre perlawanan (fighting game). Perkara itu bakal berubah.

Syarikat telekomunikasi Yoodo mengumumkan penubuhan Yoodo Flash Vision (Yoodo FV), sebuah pasukan e-sukan untuk permainan video Tekken 7 dan Street Fighter V.

Penubuhan pasukan ini adalah hasil daripada kerjasama antara Yoodo dan sebuah organisasi e-sukan tempatan iaitu Flash Vision Esports.

Pasukan ini merangkumi sepuluh pemain Tekken 7 dan enam pemain Street Fighter V. Dua orang atlet e-sukan negara yang bertanding dalam kategori permainan video Tekken 7 di Sukan SEA 2019 juga menyertai pasukan ini:

Berikut adalah senarai penuh semua pemain Yoodo FV:

Tekken 7:

  • Muhammad Zarif Aiman (ZABA) (Atlet Sukan SEA)
  • Abdul Rahim bin Abdul Shukor (Fate) (Atlet Sukan SEA)
  • Ahmad Tarmizi bin Mohamad Fozi (Koman)
  • Abdul Manap (Shinato)
  • Ahmad Zaharin bin Ahmad Muwarni (Arenz)
  • Alan Chan Kai Lun (Catharsis)
  • Vincent Heng Jia Yuh (VH)
  • Lim Jit Liang (Bryanlolwut)
  • Raja Kamarol bin Raja Hizad (Raja Ki-Charge)
  • Muhammad Rozaidi (MADRUSH)

Street Fighter V:

  • Max Ng Suk Sian (Kofmaster)
  • Kenny Wong Kai Fong (H-Tail)
  • Randy Foo (DublexCity)
  • Mohamad Syafiq Jaffery (Exalmer)
  • Muhammad Adam bin Mohd Roslan (SuperJunior)
  • Mohd Rozaimie Bin Mohd Roslan (Ijaiyen)

Yoodo FV diuruskan oleh Mohd Aliffa bin Mohd Isa (aLeouf).

Ini merupakan sebuah langkah yang memberangsangkan bagi Fighting Games Community (FGC) di Malaysia. Permainan video lain yang sering dimainkan oleh mereka adalah Super Smash Bros. Ultimate, Dragon Ball FighterZ, dan banyak lagi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.