MPL: Geek Fam Terus Cemerlang, Tundukkan Singapura 2-0

By Hazril Md Nor | March 1, 2020

Pasukan profesional Mobile Legends Malaysia, Geek Fam terus mempamerkan rentak cemerlang di minggu pertama musim liga MPL Malaysia & Singapura Musim Kelima apabila menjatuhkan skuad Singapura dengan rekod 2-0 sebentar tadi.

Geek Fam memenangi set terbaik daripada tiga (best of 3) dalam keadaan sungguh bergaya biarpun berdepan lineup sengit dari EVOS SG.

Semalam, mereka memenangi perlawanan ke atas Team Bosskurr, juga dengan rekod agak sengit 2-1.

Xorn antara pemain Geek Fam yang wajar dipuji kerana kecekapannya sebagai kapten dan menjadi spy di semak untuk mengetahui pergerakan musuh. Banyak kali teamfight dimenangi kerana Xorn dapat mengenalpasti lokasi musuh.

Pemain-pemain lain, Dominus juga hebat dengan Gusion, Ozoraveki membantu dengan pick agak pelik iaitu Nana di game kedua. Artz juga cemerlang sebagai offlane kerana banyak mengelak kematian.

Feekz seperti biasa cemerlang sebagai role marksman dan Hayabusa dimainkannya seperti ‘tak ada ubat!’.

MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima mengumpulkan enam pasukan negara dan empat pasukan Kota Singa berentap dalam musim liga selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad.

Pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April 2020 ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Foto: eGG Network

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.