Seven Deadly Sins: Grand Cross Dilancarkan Untuk Android & iOS

By Burhanudin Zamri | March 4, 2020

Para penggemar manga dan anime semestinya tahu tentang siri The Seven Deadly Sins (Nantsu no Taizai). 

The Seven Deadly Sins: Grand Cross adalah permainan video mudah alih berdasarkan siri tersebut. Ia boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store and Apple App Store bermula sekarang.

Permainan video ini dimain secara turn-based dan seperti banyak permainan video mudah alih, ia juga mempunyai elemen gacha di mana pemain boleh memperoleh watak atau item yang hebat secara rawak.

Jalan cerita permainan video ini sama seperti siri manga dan anime The Seven Deadly Sins kerana ia ditulis oleh Nakaba Suzuki, penulis dan pelukis untuk manga The Seven Deadly Sins.

Pemain akan mengawal watak-watak dari siri itu seperti Meliodas, Diane, dan ramai lagi. Dalam pengembaraan sepanjang permainan ini, pemain akan melawat pelbagai jenis kawasan di Britannia.

Para peminat siri The Seven Deadly Sins semestinya sudah lama menunggu ketibaan permainan video ini. Ia dilancarkan di Jepun dan Korea Selatan pada pertengahan tahun lepas.

Kini ia boleh dimain oleh peminat The Seven Deadly Sins dari seluruh dunia. Dapatkan maklumat lanjut tentang permainan video ini di laman sesawang rasminya.

Sumber: Laman FB Netmarble

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.