PUBG Mobile: PMPL Sudah Bermula, 24 Pasukan Kejar PrizePool RM627,000

By Hazril Md Nor | March 4, 2020

Buat pertama kalinya, Liga Profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) kini berlangsung untuk Malaysia dan Singapura.

Kejohanan yang juga dinamakan sebagai PMPL MY/SG 2020 itu berjalan selama tiga bulan dan menggantikan siri PUBG Mobile Club Open sebelum ini.

Sebanyak AS$150,000 (RM627,000) dipertandingkan sebagai prizepool yang akan direbut oleh 24 pasukan. Liga ini juga kejohanan profesional pertama untuk Singapura.

Ini adalah barisan penuh pasukan yang sudah bertanding sejak semalam:

Pasukan jemputan terus:

1. Team Secret Malaysia
2. FV Unbeatable
3. Bapak Ah Esports
4. Traitor Esports
5. Yoodo GANK
6. Bigetron AROV
7. EVOS VIP
8. Geek Fam

12 pasukan dari kelayakan terbuka Malaysia:

1. TARA PROYECTO X
2. Axis MPX
3. Last Survivor R2K
4. Team No Recoil
5. Team Bosskurr
6. TONE WOW ESPORT
7. Dingoz MZ
8. XPERT MY
9. MISSROSE ESPORT SYNDICATE
10. ESG Gaming
11. Resurgence
12. NED BROTHERHOOD

4 pasukan dari kelayakan terbuka Singapura:

1. Impunity Kage
2. Steel Heart Esports
3. DivinityEsport
4. Team H20

Liga ini sudah berlangsung sejak semalam hinggalah 22 Mac ini. Perlawanan akan dimainkan pada hari Selasa hingga Ahad (hanya Isnin tiada perlawanan) di Kuala Lumpur. 

24 pasukan dipecahkan kepada tiga kumpulan.
Jadual perlawanan

Grand Final pula akan bermula pada April.

Saksikan perlawanan berlangsung di Facebook rasmi PUBG Mobile.

Tiga pasukan terbaik dari PMPL MY/SG 2020 akan mewakili negara mereka untuk berlawan di Liga Pro Finals peringkat Asia Tenggara. Dari situ, mereka yang layak akan ke Liga Dunia PUBG Mobile 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.