Mobile Legends: Ini Sebab Kenapa Meta Assassin Lebih Relevan Dalam Musim Baru

By Hazril Md Nor | March 13, 2020

Musim ke-16 Mobile Legends: Bang Bang dikhabarkan akan bermula pada akhir Mac dan nampaknya kali ini meta akan memihak kepada Assassins. Ini kerana tiga hero Assassins akan menerima buff yang agak ketara kali ini.

Sebelum ini, beberapa hero Assassins jarang dipilih contohnya Hanzo, Lancelot dan Natalia (dimainkan sebagai semi-tank dan bukannya Assassin sepenuhnya) dalam mod rank dan juga classic. Perubahan ini diharapkan untuk menggalakkan lebih ramai pemain membiasakan diri memainkan watak ini.

 

Natalia

Berbeza dengan dulu, kuasa pasif Natalia sekarang membolehkan pihak musuh untuk melihatnya apabila berada terlalu dekat. Tapi dia boleh terus hilang dengan menjarakkan diri dengan musuh. Walaupun begitu, jom tengok ultimate baru yang menerima revamp ini:

  • Cold-Blooded Strangling – Disebabkan Natalia berharap pada invisibility untuk menangkap marksman, dia tidak begitu berguna dalam teamfight kerana ultinya hanya mencakar apa yang ada di depan (marksman sekarang mempunyai dash dan sebagainya untuk mengelak). Oleh itu, ultinya mempunyai dua caj pasif. 
  • Ini bermakna Natalia boleh hilang sebanyak tiga kali (termasuk pasif dari bush) dan kenakan silence selama 1.8 saat. Bukan itu saja, ulti dia juga memasukkan serangan fizikal ekstra dari pasif, bertambah sakit lah lepasni!
  • Natalia sekarang boleh open dan lari daripada war mengikut situasi. Kalau anda rasa boleh pergi, gunakan terus ulti. Kalau tak boleh, gunakan ulti untuk lari! Mudah kan?

Gaya permainan agresif ini akan membuatkan pemain Natalia bertambah mahir dan anda perlu berjaga-jaga kalau jumpa yang pro!

Bagi kuasa lain, tiada perubahan dikenakan tapi mungkin durasi silence dikurangkan kerana perubahan pada ulti baru ini.

 

Lancelot

Hero ini biasanya dimainkan oleh Rynn (Axis Esports) di MPL namun hero ini berdepan dua keadaan. Kalau bernasib baik, boleh tapau musuh. Kalau kurang bernasib baik, jadi useless.

Oleh itu, seiring dengan galakan pembangun yang ingin pemain menggunakan assassin dengan kerap, Lancelot juga menerima buff walau tidaklah besar mana.

  • Pasif: Soul Cutter – Selepas caj atau dash ke arah musuh, damage akan bertambah sebanyak 8% untuk satu dash (maksimum 40%) dalam empat saat. Jadi, semakin banyak Lancelot dash, semakin tinggi damage dikenakan. Kuasa pertama dan ulti dikira dash juga.
  • Selepas ini pemain Lancelot boleh pilih untuk main dengan lebih agresif yang seterusnya meningkatkan serangan dan lifesteal dari Bloodlust Axe.

 

Hanzo

Ninja ini memang jarang digunakan dalam klasik dan hampir tiada siapa memakainya dalam rank. Ini kerana kelemahan pada ulti yang memudahkannya tertangkap.

Sekarang, terdapat beberapa perubahan pada kuasa kedua dan ulti:

  • Ninjutsu: Soul Reap –  Akan ada satu duri timbul dari bawah tanah dan akan terus hit sehingga lebih kurang sembilan kali jika terkena pada musuh.
  • Kinjutsu: Pinnacle Ninja – Sekarang pengguna Hanzo boleh pilih untuk bertukar tempat dengan Demon Ninja. Sebagai contoh, ketika mengguna ulti, Hanzo boleh teleport ke posisi Demon Ninja atapun ketika jasadnya diserang, dia boleh kembali dengan segera.

Perubahan ini akan membuatkan Hanzo lebih peka pada perancangan strategi melalui ultimate.

Selain itu, item untuk Asssassin iaitu Blade of the Heptaseas menerima kenaikan damage dan item penting Marksman, Endless Battle juga dikurangkan keberkesanannya. Bagi Tank, berita baik buat mereka apabila Twilight Armor dan Dominance Ice menerima buff!

Musim ke-15 ini akan berakhir pada 20 Mac, sudahkah anda bersedia?

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.