DLC Pertama Control, The Foundation Akan Tiba Pada 26 Mac 2020

By Burhanudin Zamri | March 16, 2020

Sudah beberapa bulan berlalu sejak pelancaran permainan video terbaru daripada Remedy Entertainment iaitu Control. Ia sering dipuji kerana memberikan pengalaman menggunakan kuasa telekinesis yang sangat memuaskan serta jalan cerita yang sangat menarik.

Studio tersebut baru sahaja mendedahkan kandungan tambahan (DLC) pertama yang bakal dilancarkan untuk Control. Ia bertajuk The Foundation dan akan dilancarkan pada 26 Mac 2020 untuk PlayStation 4 (PS4) dan PC melalui Epic Games Store.

Versi Xbox One pula akan dilancarkan pada 25 Jun 2020. Control masih belum dilancarkan di Steam dan tempoh ekslusif Epic Games Store hanya akan berakhir pada Ogos 2020.

Menurut sinopsis, The Foundation akan menyambung jalan cerita Control dan pemain akan menerokai kawasan baru dalam bangunan The Oldest House untuk mencari Marshall, seorang watak yang menghilang selepas tamatnya jalan cerita Control.

Remedy Entertainment menjanjikan pelbagai kuasa, cabaran, dan misteri baharu. Penulis mengharapkan juga akan terdapat kostum baru yang boleh dipakai watak utama.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.