Mobile Legends: Flameshot OP? Ini Komen Ikuto, Terence Dan Gideon

By Hazril Md Nor | March 17, 2020

Spell Flameshot tak dinafikan lagi menjadi satu meta baru dalam arena profesional Mobile Legends: Bang Bang, contohnya di Liga Profesional (MPL). Jika kita perhatikan musim liga ketika ini, banyak pasukan menggunakan spell ini sehingga mengabaikan yang lain. Sebagai contoh, hero yang bukan mage pun menggunakan spell ini walaupun ia diskalakan mengikut jumlah magic power.

Kuasa serangan tinggi, knockback dan cooldown hanya selama 35 saat membuatkan Flameshot satu spell paling digeruni sekarang. Tapi apa pula pandangan pengulas mengenai penggunaannya? Jom baca!

 

Radzi ‘Ikuto’ Rahman

“Bila kita sebut tentang Flameshot, ini adalah salah satu spell yang boleh dikatakan sangat kuat dan sangat merbahaya. Selain daripada damage yang melampau di awal-awal permainan, utilitinya juga menjadi masalah yang besar. Kelebihan spell ini untuk menolak dan memperlahankan pihak lawan boleh digunakan di mana-mana situasi. Anda dikejar? Anda sedang mengejar? Anda ingin membunuh hero? Semua situasi ini sesuai untuk guna Flameshot,”

“Tahukan anda kalau kena himpit dengan Akai di dinding, anda masih boleh buka flameshot untuk tolak Akai ke tepi dan ada ruang untuk anda melarikan diri?
Tahukan anda Flameshot akan mengaktifkan item lightning truncheon dan glowing wand?,”

Kesimpulannya tentang flameshot ini:
1) Damage yang tinggi dan ada scaling
2) Utiliti yang sangat kuat
3) Berguna dalam semua situasi
4) Cooldown yang sangat rendah!

 

Terence ‘Icybaby12’ Yong 

“Jika dilihat dari sudut kompetitif, ia agak tak masuk akal; cooldown yang rendah dan pelbagai fungsi untuk satu spell berbanding spell lain. Disebabkan ini, terdapat beberapa hero yang tak lagi relevan contohnya Franco. Kenapa anda perlu hook kalau ada tiga orang yang meluru ke arah musuh dan boleh menolak ke belakang dengan Flameshot?

“Saya hanya bergurau. Franco masih lagi relevan,”

“Bagi hero mage, tahap serangan spell ini sangat tinggi kerana ia ada skala. Walaupun overpowered tapi dalam arena kompetitif kita akan saksikan gameplay berbeza dari apa yang biasa dilihat dari musim kedua hingga ketiga. 

“Setakat ini, musim ke-15 ini mempunyai pelbagai jenis gaya permainan yang menambahkan keseronokan pada pemain,”

 

Gideon ‘GideonQ’ Khew

“Ia adalah battle spell dengan cooldown selama 35 saat, mempunyai daya penolakan (knock back) dan memperlahankan pergerakan dengan damage tinggi sebanyak 400 dan ratio magic 100% mengikut jarak. 

“Anda boleh bandingkan damagecool down, penggunannya berbanding spell lain dan berapa kali pemain profesional menggunakannya. Ia terlalu kerap digunakan sampai memberikan efek kepada meta.

“Bagi saya, ratio itu perlu ditukar dengan damage yang berskalakan jarak saja tanpa tambahan dari damage magic. Cooldown pula patut dipanjangkan kepada 120 saat,” 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.