Lebih 50,000 Pemain Call of Duty: Warzone Dikenakan Permanent Ban

By Hazril Md Nor | April 1, 2020

Dalam mana-mana permainan video pun, pastinya akan ada sejumlah pemain buat onar menggunakan cheats dan hacks. Permainan genre Battle Royale, tidak terkecuali contohnya Call of Duty: Warzone yang mencatatkan lebih 50 ribu jumlah pemain dikenakan ban selama-lamanya.

Angka itu adalah dalam lingkungan awal pelancaran Warzone sehingga 31 Mac. Difahamkan, bans ini akan terus dipertingkatkan untuk mencari pemain yang bermain tipu helah.

“Kami mengambil berat tentang isu ini (bermain tipu), bagi memastikan setiap pemain dapat merasai suasana permainan yang adil dan tiada unsur penipuan. Ia adalah keutamaan kami,” kata Activision dalam satu kenyataan.

Mereka menggunakan pemerhatian data sepanjang masa dan juga maklum balas dari pemain yang membuat laporan terhadap penipuan. Ini termasuklah aspek aimbots dan wallhacks, dua hacks yang selalu digunakan dalam permainan tembak menembak.

Activision juga menjanjikan sistem laporan yang lebih mesra pengguna dan tidak rumit untuk pemain.

 

Langkah ini harus dipuji kerana Warzone adalah game yang sedang trending dan banyak dimainkan di seluruh dunia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.