MPL: Geek Fam Menang 2-1 Ke Atas Todak

By Hazril Md Nor | April 10, 2020

Selepas mempamerkan prestasi yang mengagumkan dalam musim liga sebelum ini, Geek Fam kembali membuka perlawanan minggu keempat Liga Profesional Mobile Legends:Bang Bang Malaysia & Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima dengan penuh bergaya.

Mereka menang ke atas Todak dengan skor akhir 2-1 sebentar tadi.

Geek Fam diwakili oleh Dominus, Feekz, Rumpel, Xorn, Artz dan OzoraVeki.

Dalam perlawanan pertama, mereka menggunakan lineup yang agak berlainan dengan adanya Faramis. Tapi hero tersebut adalah ‘kambing hitam’ dalam perlawanan, membuatkan Todak termakan umpan di akhir-akhir perlawanan.

Prestasi Feekz sebagai Hayabusa (hero kegemaran beliau) pada perlawanan ketiga juga tak dinafikan lagi memberikan kelebihan besar kepada Geek Fam. Feekz berjaya untuk masuk dan keluar teamfight dengan mudah tanpa berbalas kecederaan.

MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima mengumpulkan enam pasukan negara dan empat pasukan Kota Singa berentap dalam baki musim liga yang bermula hari ini hingga Ahad dan pada minggu depan dari Khamis hingga Ahad.

Pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Ini adalah jadual terkini minggu keempat dan minggu terakhir musim liga.
Jadual perlawanan pada minggu keempat.
Jadual perlawanan minggu kelima.

Anda boleh menonton penstriman langsung di Youtube ataupun Facebook Mobile Legends Malaysia.