Mobile Legends: Ini Dia Lapan Pasukan Layak Ke Playoffs MPL MY/SG Musim Kelima

By Hazril Md Nor | April 21, 2020

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima baru saja menamatkan musim liganya pada Ahad lepas, menyaksikan lapan pasukan mara ke playoffs selepas lima minggu bertarung.

Ini adalah pasukan-pasukan tersebut yang terbahagi mengikut upper bracket (kumpulan atas) dan lower bracket (kumpulan bawah) yang akan bertarung pada 1 Mei hingga 3 Mei ini:

Kumpulan atas

  • Resurgence
  • Geek Fam
  • EVOS SG
  • Team Bosskurr

Kumpulan bawah

  • Orange Esports
  • Axis Esports
  • Team SMG
  • Todak

Difahamkan, penularan wabak COVID-19 ketika ini mungkin akan menyebabkan buat pertama kalinya playoffs akan dimainkan secara dalam talian. Penganjur, eGG Network akan mengumumkan dalam masa terdekat.

Di playoffs ini juga, pasukan terbaik Malaysia dan Singapura akan ditemukan untuk menjadi wakil negara bagi Piala Asia Tenggara (MSC 2020) pada 10-14 Jun nanti.

Kedudukan akhir musim liga selepas lima minggu berlangsung