Mobile Legends: Patch 1.4.70 – Perubahan Emblem, Peluang Comeback Lagi Besar?

By Hazril Md Nor | April 21, 2020

Satu perkara dalam Mobile Legends; kalau pasukan anda betul-betul dah tak boleh farm dan kesemua tower sudah pun pecah, hampir mustahil untuk comeback. Betul? Sudahlah marksman tak cukup gold malah buff pula selalu dicuri.

Tapi segalanya berubah dalam patch 1.4.70 ini apabila dua ciri baru diperkenalkan iaitu perubahan pada emblem Assassin: Bounty Hunter dan juga perubahan pada membunuh musuh yang mempunyai jumlah gold tertinggi.

Menurut pengulas Mobile Legends, Radzi “Ikuto” Rahman, ia membolehkan pemain Assassin untuk comeback dan menghukum pemain lawan.

“Sebagai contoh, kalau guna emblem Bounty, tapi dalam 10 minit pun satu kill tak dapat dan pasukan anda kalah.

“Kalau ikutkan emblem dulu, hanya 80 gold tapi sekarang 40% gold ekstra akan diberikan bagi setiap pembunuhan (sebanyak 15 kali).

“Ini boleh menyebabkan game changer, belum lagi termasuk sistem comeback baharu yang bagi pihak kalah dapat ekstra gold,” katanya.

80 gold tersebut adalah amaun tetap dan tidak bertambah. Tapi dengan perubahan baru ini, Assassin akan menerima lebih banyak gold jika dia membunuh musuh yang streak lebih panjang (contohnya: Legendary).

Pastinya pihak yang kalah akan berpeluang lebih tinggi untuk bangkit kembali dalam perlawanan.

Meskipun patch notes belum lagi dikeluarkan secara lisan dan tidak menjelaskan berapa amaun gold diperoleh untuk ciri perubahan kedua yang disebutkan di atas, perubahan pada emblem Assassin sudah pun boleh dilihat:

Nantikan patch notes yang akan dikeluarkan in-game dalam masa terdekat!