Mobile Legends: Patch 1.4.70 – Senarai Hero Dikenakan Nerf Dan Buff

By Hazril Md Nor | April 23, 2020

Patch 1.4.70 adalah satu lagi kemaskini yang besar untuk Mobile Legends: Bang Bang. Selain dipenuhi acara-acara menarik sempena ulangtahun MLBB iaitu 515EParty, terdapat banyak juga hero yang mengalami perubahan pada skill-skill mereka.

Ada yang menerima nerf agak hebat sehinggakan tidak lagi sesuai berada dalam meta. Ada juga yang menerima buff dan berkemungkinan menjadi pilihan ramai di rank nanti. Jom lihat senarai tersebut di bawah berserta perubahan dibawakan.

Ini adalah terjemahan dari nota patch 1.4.70 yang asal dalam permainan:

[Atlas]

Prestasi Atlas dalam permainan dikatakan sangat memberasangkan. Oleh itu, mereka menukar kemampuannya untuk survive tapi masih mengekalkan kemampuan untuk crowd control.

Frigid Breath: Kenaikan DEF dikurangkan dari 62-120 kepada 45-80.

Perfect Match: Durasi pegun dikurangkan dari 1.2 saat ke 1 saat. Bonus jumlah serangan magis dipertingkatkan dari 55% ke 80%.

[Freya]

Leap of Faith: Durasi pegun dipertingkatkan kepada 0.4/0.8/1.25.

Valkyrie Descent: Perisai dinaikkan dari 500-800 kepada 600-900. 

[Badang]

Cooldown kuasa kedua, Fist Break dikurangkan pada awal peringkat jadi lebih mudah Badang nak lakukan kombo. Sementara itu, Damage Biasa untuk ultimate dikurangkan jadi lebih mudah bagi lawan untuk berdepan dengannya.

Fist Break: Cooldown diperbetulkan kepada 10 saat untuk semua peringkat (levels). 

Fist Crack: Damage Biasa dikurangkan sebanyak 30 pada semua peringkat. Damage letupan juga dikurangkan sama sekali.

[Kaja]

Lightning Bomb: Keseluruhan Kuasa Magis dipertingkatkan dari 80% ke 120%.

Divine Judgement: Damage Biasa dikurangkan dari 360 ke 300, Perkembangan Damage menurun dari 180 ke 150. 

[Hanzo]

Ninjutsu: Demon Thorn: Membuang instant unlock pada pembunuhan musuh.  Menambah sedikit keluasan Area of Effect (AOE)

Ninjutsu: Devastator: Apabila menggunakan kuasa ini ke atas pelbagai hero, ia akan unlock seals pada kuasa pertama berbanding hanya satu seal sebelum ini. Tidak akan diganggu oleh Ninjutsu: Demon Feast atau Battle Spells termasuk Flicker.

Kinjutsu: Pinnacle Ninja: Demon Bllood ditingkatkan dari 20 ke 25/35/45. Pertambahan Kelajuan Pergerakan dari 30% ke 50%. 

[Nana]

Magic Boomerang: Damage Biasa dikurangkan dari 220 ke 200, Perkembangan Damage dikurangkan dari 40 ke 20. Keseluruhan bonus Kuasa Magis ditingkatkan dari 80% ke 100%. Durasi slow dari 1.55 saat ke 1 saat.

[Diggie]

Auto Alarm Bomb: Damage dikurangkan sebanyak 50 untuk semua peringkat. 

Time Journey: Perkembangan Perisai dikurangkan dari 350 ke 150. Keseluruhan bonus Kuasa Magis dari 150% ke 200%.

[Karrie]

Lightwheel Mark: Damage yang dikenakan oleh lightwheels dikurangkan sebanyak 1% bagi Max HP hero. Diaplikasikan untuk semua peringkat (1-5). 

[Carmilla]

Carmilla menerima nerf yang agak ketara patch kali ini. 

Crimson Flower: Membuang boost pada Kelajuan Pergerakan. Penambahan nyawa bagi setiap hit dipertingkatkan dari 50-125 ke 60-150.

[Ling]

Assassin ini lebih lemah pada awal permainan dan diskalakan lebih baik pada minit akhir.

Cloud Walker: Peluang Kritikal berkurang sebanyak 15%.

Defiant Sword: Hanya menambahkan HP sekali saja untuk serangan ke atas beberapa sasaran. 

[Lylia]

Black Shoes: Cooldown dikurangkan dari 50-40 saat ke 45-35 saat.

[Silvanna]

Cometic Lance: Tidak lagi menambah Kelajuan Pergerakan.

[Terizla]

Penalty Zone. Efek Slow ditetapkan semula dari 20% untuk kesemua peringkat kepada 20%/25%/30%.

[Valir]

Burst Fireball: Damage Biasa untuk letupan pada musuh dikurangkan dari 260-410 kepada 235-410. 

[Masha]

Wild Power: Damage Biasa untuk enhanced Basic Attack dinaikkan dari 40 kepada 60. 

[Chang’e]

Starmoon Shockwave: Keseluruhan bonus Kuasa Magis dipertingkatkan dari 80% ke 120%.

[Selena]

Abyssal Trap: Damage Biasa dikurangkan dari 400 ke 350.

Soul Eater: Damage Biasa dikurangkan dari 350 ke 300. 

[Claude]

Blazing Duet: Damage Biasa dikurangkan sebanyak 10 untuk semua peringkat.