Reka Pakaian PUBG Mobile Untuk Peluang Memenangi iPhone 11 Pro

By Burhanudin Zamri | April 24, 2020

Kesenian dan permainan video merupakan dua alam yang tidak dapat dipisahkan. Antara seni visual yang penting dalam permainan video ialah rekaan pakaian termasuklah dalam permainan PUBG Mobile.

Pertandingan Rekaan Pakaian PUBG Mobile kini kembali lagi dan akan berlangsung dari 23 April sehingga 5 Jun 2020. Pertandingan ini terbuka kepada peserta dari Malaysia, Indonesia, dan Thailand.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai pertandingan ini:

  1. Daftar sebuah akaun di laman web Pertandingan Rekaan Pakaian PUBG Mobile di sini.
  2. Cipta rekaan unik anda mengikut rujukan berikut (anda boleh menghantar lebih daripada satu rekaan):
  3. Muat naik rekaan anda mengikut spesifikasi berikut:
    • Format JPG atau PNG (kurang daripada 2MB)
    • Dimensi 1200px x 900px
    • Nisbah aspek 4:3

Penyertaan pada peringkat kebangsaan akan disenarai pendek melalui pengundian awam dan 14 finalis akan dipilih dari setiap negara. Dari kalangan 14 finalis tersebut, juri akan memilih tiga Pemenang Pilihan Pereka dan satu Pemenang Negara.

Pemenang Hadiah Utama akan dipilah dari kalangan Pemenang Negara dan beliau akan memenangi sebuah iPhone 11 Pro. Setiap Pemenang Pilihan Pereka akan menerima telefon pintar Honor 10 dan wang tunai AS$100 (RM430).

Pemenang Negara pula akan membawa pulang sebuah Graphics Pad dan wang tunai AS$600 (RM2,600). Jika rekaan anda berjaya diluluskan walaupun anda tidak dipilih sebagai pemenang mana-mana kategori, anda akan menerima skin pack eksklusif.

Jika anda mempunyai bakat sebagai seorang pereka pakaian, ini adalah peluang yang baik untuk anda menonjolkan bakat anda!