Deadly Premonition 2 Akan Dilancarkan Pada 10 Julai 2020

By Burhanudin Zamri | April 29, 2020

Jika anda langsung tidak pernah dengar tentang permainan video Deadly Premonition, penulis tidak menyalahkan anda. Ia tidak begitu popular tetapi tetap mempunyai peminat-peminat yang agak vokal. Oleh itu, penulis tidak terkejut melihat sebuah sekuel dihasilkan.

Deadly Premonition 2: A Blessing in Disguise diumumkan melalui sebuah video Nintendo Direct dan kini ia telah diberikan tarikh pelancaran. Judul tersebut akan dilancarkan pada 10 Julai 2020 secara eksklusif di Nintendo Switch.

Antara sebab mengapa Deadly Premonition menjadi popular dalam kalangan beberapa pemain PlayStation 3 (PS3) dan Xbox 360 ialah jalan cerita dan watak-wataknya yang sangat pelik. Watak utamanya, Francis York Morgan, sering berbual dengan diri sendiri dan suka menggunakan kopi sebagai cara untuk mendapatkan petunjuk.

Jika anda berminat untuk mencuba Deadly Premonition yang pertama, versi Director’s Cut boleh dibeli di Steam untuk PC dan Deadly Premonition Origins boleh dibeli untuk Nintendo Switch melalui Nintendo eShop.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.