MPL: Team Bosskurr tersingkir, Orange Esports mara

By Hazril Md Nor | May 2, 2020

Pasukan Mobile Legends Malaysia, Team Bosskurr ditunjukkan jalan keluar dari pentas playoffs Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima yang memasuki hari kedua hari ini.

Mereka ditewaskan pasukan senegara, Orange Esports Reborn dengan skor akhir 1-2 sebentar tadi.

Dalam perlawanan pertama, pemilihan Leixia sebagai Karrie nyata membuahkan hasil kerana bermain meta hyper carry dan mendapatkan kedua-dua buff. Orange mempertaruhkan Wan-Wan tapi gagal untuk menyinar kerana gagal untuk menggunakan ulti hampir setiap masa. Eren sebagai Harith juga menyinar pada awal permainan tapi semakin lama permainan berlangsung, dia selalu diburu oleh Chou dan gagal berada dalam teamfight.

Leixia muncul sebagai MVP game pertama dengan 9 mata bunuh dan tiada kematian.

Dalam perlawanan kedua pula, Leixia kerap diburu pada awal permainan dan mengalami kesukaran untuk memanfaatkan buff merah diperolehnya. Orange Esports juga dibantu Pharsa dan Ling yang boleh bergerak laju dalam peta dan mempunyai lock cukup baik.

Eren sebagai Ling menjadi MVP perlawanan kedua.

Dalam perlawnana ketiga, bagaimanapun Team Bosskurr tewas dari segi draft apabila mereka melepaskan Pharsa yang hanya boleh siege saja dari jauh. 

Eren berjaya mendapatkan empat mata bunuh dari keseluruhan lima lalu muncul MVP.

Ini menyebabkan mereka tersingkir dari MPL MY/SG Musim Kelima dan Orange Esports mara ke pusingan seterusnya.

Playoffs bagi MPL MY/SG Musim Kelima bermula semalam hingga Ahad yang mana lapan pasukan akan berentap untuk merebut hadiah wang terkumpul RM221,500.

Hanya dua pasukan Singapura layak ke playoffs iatu Resurgence dan EVOS SG manakala NV dan Siren Clan gagal mara.

Sebelum ini, 10 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura bertanding dalam musim liga selama lima minggu bagi merebut ranking teratas.

Ini juga adalah kali pertama playoffs diadakan secara dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.