Pemain GTA Online dapat GTA$500,000 apabila log masuk pada bulan Mei

By Burhanudin Zamri | May 4, 2020

Bermula pada 1 Mei 2020, para pemain Grand Theft Auto (GTA) Online akan diberikan GTA$500,000 secara percuma apabila mereka log masuk pada bila-bila masa dalam bulan ini.

Pemberian percuma ini hanya boleh didapatkan sekali sahaja pada bulan Mei dan ia akan dimasukkan ke Maze Bank Account pemain secara otomatik. Pemain hanya perlu log masuk untuk mendapatkannya.

Rockstar tidak menerangkan sebab di sebalik pemberian percuma ini. Tekaan penulis ialah ini merupakan hadiah kepada para pemain kerana mereka mungkin telah membantu usaha melawan COVID-19 dengan sumbangan mereka melalui pembelian dalam talian untuk GTA Online.

Kepada yang anda tidak tahu, Rockstar menjanjikan 5% daripada keuntungan pembelian dalam talian dalam GTA Online pada bulan April dan Mei 2020 akan disumbangkan kepada perbadanan yang memberi bantuan kepada mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Sumber: Rockstar Games

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.