What the Golf akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 21 Mei 2020

By Burhanudin Zamri | May 13, 2020

Permainan video lucu bertemakan golf What the Golf sudah dilancarkan di PC dan Apple Arcade untuk peranti Apple. Pembangunnya Triband telah mengumumkan bahawa versi Nintendo Switch akan dilancarkan pada 21 Mei 2020.

Versi Nintendo Switch akan mempunyai sebuah penambahan baharu iaitu Party Mode. Dalam mod multi-pemain ini, dua pemain boleh bemain secara luar talian bersama-sama untuk menyelesaikan pelbagai cabaran golf yang pelik.

Fungsi-fungsi yang terdapat dalam konsol Nintendo Switch seperti skrin sentuh dan gyro mewujudkan beberapa cara permainan baharu yang menarik.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.