Arnold Schwarzenegger muncul sebagai watak DLC pertama Predator: Hunting Grounds

By Burhanudin Zamri | May 13, 2020

Predator: Hunting Grounds telah dilancarkan di PC dan PlayStatio 4 (PS4) pada penghujung bulan April. Pembangunnya Illfonic kini berkongsi kemaskini dan kandungan tambahan yang bakal diperkenalkan untuk judul tersebut.

Kemaskini percuma dan kandungan tambahan (DLC) pertama untuk Predator: Hunting Grounds bakal membawa kembali wira asal filem Predator iaitu watak Dutch yang dimainkan oleh Arnold Schwarzenegger.

Dalam kemaskini percuma tersebut, para pemain boleh mendapatkan pita suara yang menceritakan jalan cerita watak Dutch selepas filem Predator sehingga Predator: Hunting Grounds.

Untuk main sebagai Dutch, pemain perlu membeli DLC berbayar tersebut. Pembeli DLC juga akan mendapat akses awal kepada senjata QR5 “Hammerhead” dan pisau Dutch. Kedua-dua senjata tersebut boleh diakses secara percuma oleh semua pemain bermula pada bulan Jun.

Kesemua kandungan berkaitan dengan Dutch yang diceritakan di atas akan dilancarkan pada 26 Mei 2020. Illfonic merancang untuk melancarkan banyak lagi kandungan tambahan untuk Predator: Hunting Grounds pada masa depan.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.