Iklan dipanjangkan The Last of Us Part II kini boleh ditonton di YouTube

By Burhanudin Zamri | June 4, 2020

Laman YouTube PlayStation telah memuat naik sebuah video baharu tentang permainan video The Last of Us Part II. Ia merupakan iklan rasmi versi dipanjangkan yang sebelum ini pernah disiarkan di siaran televisyen negara-negara tertentu seperti Amerika Syarikat.

Video ini tidak mempertunjukkan sebarang aspek permainan tetapi lebih memberi fokus terhadap watak-watak dan jalan cerita The Last of Us Part II. Keadaan dunia yang musnah akibat penyebaran virus serta pertarungan watak utama Ellie dengan pelbagai musuh dipertunjukkan.

The Last of Us Part II akan dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 4 (PS4) pada 19 Jun 2020. Kalau anda berminat menonton permainan judul ini, terdapat sebuah video yang menunjukkannya selama 23 minit.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.