Asia Pacific Predator League ditunda sehingga 2021

By Hazril Md Nor | June 9, 2020

Kejohanan Asia Pacific Predator League 2020 di Filipina sekali lagi ditunda sehingga suku kedua tahun depan berikutan wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia kini.

Menurut Acer, pasukan sama dari kelayakan kebangsaan sebelum ini akan bertanding pada tahun dan kejohanan ini dijenamakan semula sebagai Predator League 2020/2021 dengan hadiah terkumpul AS$400,000 (kira-kira RM1.7 juta).

Sebelum ini, ia dijadualkan untuk berlangsung di Manila, Filipina pada Februari 2020 mengumpulkan 16 pasukan daripada lebih lima negara terlibat termasuklah Malaysia, Jepun, Taiwan, Vietnam, Indonesia dan banyak lagi.

Bagi pasukan Malaysia, Battle Arena Elites (BAE) layak ke kejohanan itu selepas memenangi kelayakan, namun dengan perubahan roster baru-baru ini, keputusan belum lagi muktamad jika mereka akan bermain dengan roster baru atau bagaimana.

Sebanyak 20,000 tiket telah terjual untuk kejohanan itu sebelum ini dijadualkan di Filipina.. Pada 2018 yang lalu, ia diadakan di Jakarta, Indonesia dan kemudian di Bangkok, Thailand pada tahun lalu. 

“Penundaan (bukannya pembatalan) Asia Pacific Predator League ini menunjukkan komitmen Acer pada komuniti gaming, kata Andrew Hou, Presiden Acer untuk rantau Asia Pasifik.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.