Mobile Legends: Project NEXT – hero akan dikenakan rework dan banyak lagi!

By Hazril Md Nor | June 9, 2020

Mobile Legends: Bang Bang secara rasminya mengumumkan inisiatif terbaru mereka tahun ini iaitu “NEXT”.

Sesuai dengan namanya, Next merangkumi pelbagai pembaharuan dalam permainan antaranya meningkatkan kemampuan permainan, penyesuaian hero dengan patch terkini, peningkatan grafik, suara latar dan perkembangan harta intelek (IP).

Difahamkan, inisiatif jangka panjang ini akan memberikan pengalaman permainan berkualiti tinggi kepada pemain:

Fokus diberikan pertamanya kepada hero di mana hero yang lama menjadi kurang relevan dan memerlukan nafas baru. Oleh itu, projek NEXT akan mengubahsuai hero tersebut dan menaik taraf keupayaan serta abiliti mereka sesuai dengan mekanisme dan gaya permainan terkini. Proses ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

Selain itu, hero-hero ini juga akan menerima pengubahsuaian pada model yang dinaiktaraf, animasi dan kesan bunyi.

Keduanya, NEXT akan memfokuskan pada mengoptimumkan dan meningkatkan kawalan dalam permainan.

“Smart Targeting” adalah ciri pertama membolehkan pemain memilih sasaran secara bebas dengan cara mudah dan tepat menerusi abiliti. 

Targeting bertukar menjadi bulatan kecil, lebih mudah sasar hero

Selain itu, Moonton juga akan memasukkan fungsi kamera lebih efektif sebagai contoh, lebih banyak hero selepas ini akan mempunyai kamera yang zoom keluar dan kamera condong ketika menggunakan abiliti, seperti Pharsa. 

Lihat video penuh untuk projek NEXT ini di bawah, kesemua perubahan ditunjukkan secara terperinci.

Foto: IGN SEA