Gamescom Asia ditangguhkan ke Oktober 2021

By Burhanudin Zamri | June 10, 2020

Gamescom Asia, acara satelit pertama Gamescom yang bakal diadakan di Singapura telah ditangguh ke Oktober 2021. Keputusan ini diambil oleh pihak penganjur Koelnmesse Singapore apabila mengambil kira keadaan wabak COVID-19 yang masih menular.

Tarikh baharu untuk Gamescom Asia ialah 14 sehingga 17 Oktober 2021 dan ia akan dianjurkan di Suntec Convention & Exhibition Centre, Singapura. 

Mathias Kuepper, Pengarah Pengurusan di Koelnmesse Singapore menyatakan:

“Kesihatan dan keselamatan para pengunjung, pempamer, dan staf adalah keutamaan kami. Lagipun, ini merupakan acara pertama Gamescom Asia dan kami tidak mahu menjejaskan pengalaman penuh yang kami janjikan kepada komuniti gaming di rantau ini.”

Pada bulan April, acara utama Gamescom di Jerman juga telah dibatalkan akibat wabak COVID-19. Ia akan digantikan dengan sebuah acara digital yang akan berlangsung dari 27 sehingga 30 Ogos tahun ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gamescom Asia, anda boleh melayari laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.