#YoodoKEK Zon Borneo Final – Pasukan UeS HavoX dan DMG muncul juara

By Hazril Md Nor | July 2, 2020

Pada hujung minggu lalu, pencarian bakat tempatan dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi di Sabah dan Sarawak sudah pun dilangsungkan. Yoodo Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3 atau #YoodoKEK berlangsung untuk Zon Borneo Final.

Pasukan DMG dari UiTM Sabah menjuarai kategori Call of Duty Mobile manakala pasukan UeX HavoX dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pula menjuarai kategori Mobile Legends.

Mereka akan bertanding di Grand Final yang dijangka bermula pada 18 dan 19 Julai nanti.

Seperti biasa, Ikuto dan Adam sebagai pengulas tetap untuk kesemua Zon yang dipertandingkan.

Pada hari tersebut juga, terdapat dua tetamu jemputan sebagai penganalisa iaitu Wan Dimashqi yang pernah menjadi panelis di kejohanan dunia, M1 dan Mohd Syazlan Mohd Rosdi (Ashi), pengurus Todak.

Ashi
Mashqi

Selain itu, pada hari Sabtu, dua anak muda yang juga bekas pemain profesional Call of Duty di platform konsol, Abdul Hakiem “Ranger” Tajuddin dan Nazmi Nahar yang kini pengurus pasukan RamPaGe Gaming.

Hakiem
Nazmi

 

Bertukarlah ke Yoodo sekarang

Pening fikir nak pilih Telco apa? Haa dengan Yoodo, anda boleh ubah suai data, panggilan dan SMS mengikut keperluan sendiri!

Yang paling best, kalau pelan data boleh dapat 20GB hanya untuk RM20!

Nak dapatkan semua Chicken Dinner? bertukarlah ke Yoodo sekarang dan pilih add-on PUBG Mobile 20GB PERCUMA dan dapatkan in-game jersi eksklusif percuma dalam PUBG Mobile!

 

Dua acara penting Garena Call of Duty Mobile

Bagi peminat Call of Duty Mobile, terdapat beberapa acara in game menarik yang anda boleh sertai. Pertamanya adalah “Attack of the Undead”. Pemain boleh berpeluang memenangi skin  Motorcycle dan XPR50 dengan menyiapkan beberapa cabaran dari hari ini hingga 9 Julai.

Bermula esok pula, anda boleh mendapatkan kelas baru dalam Battle Royale iaitu Smoke Bombor dan ia percuma! Penambahan ini adalah sebahagian dari acara Smoke Bomber Challenge.