MMORPG Bless Unleashed akan tiba di PC pada awal tahun 2021

By Burhanudin Zamri | June 30, 2020

Pada bulan Mac tahun ini, Round8 Studio dan Neowiz telah melancarkan permainan video massively multiplayer online role-playing game (MMORPG) mereka iaitu Bless Unleashed di Xbox One. Selepas ini ia tidak lagi akan menjadi sebuah permainan eksklusif konsol tersebut.

Studio dan penerbit tersebut telah mengumumkan bahawa Bless Unleashed akan dilancarkan di PC pada awal tahun 2021. Jika anda berminat dengan judul ini, anda boleh meletakkanya dalam wishlist Steam anda sekarang.

Bless Unleashed merupakan sebuah MMORPG yang bertempat dalam World of Lumios. Pemain boleh memilih antara lima kelas yang unik dan empat kaum berbeza. Sama seperti di Xbox One, judul ini percuma untuk dimain.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.