Tropico 6 boleh dimain secara percuma pada hujung minggu ini

By Burhanudin Zamri | July 10, 2020

Bermula dari hari ini sehingga 14 Julai, anda boleh muat turun dan main Tropico 6 secara percuma di Steam. Judul tersebut juga menerima potongan harga 40% dan ia boleh dibeli pada harga RM48 dalam tempoh yang sama.

Pada waktu yang sama, sebuah jualan istimewa francais Tropico juga sedang berlangsung dan ia akan berakhir pada 14 Julai juga. Dalam jualan tersebut, semua judul utama siri Tropico dan kandungan tambahan Tropico 6 menerima potongan harga.

Jika anda minat permainan video pembinaan dan pengurusan bandar, Tropico 6 ialah sebuah judul yang anda patut cuba. Ia juga mempunyai aspek-aspek pengurusan ekonomi dan permainan politik.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.