Ubisoft membuka kedai rasmi untuk pasaran Malaysia di Shopee

By Burhanudin Zamri | July 10, 2020

Ubisoft Asia Tenggara telah mengumumkan bahawa kedai rasmi dalam talian Ubisoft telah dibuka di Shopee untuk pasaran Malaysia. Promosi pembukaan kedai ini membenarkan para pembeli untuk mendapatkan diskaun 20% dengan menggunakan kod ‘UBISJUL20’.

Promosi pembukaan ini berlangsung dari 10 Julai sehingga 21 Julai ini. Kedai tersebut kini mempunyai katalog yang mengandungi barangan dari permainan video seperti Rainbow Six Siege, Assassin’s Creed, dan Watch Dogs.

Antara barangan yang dijual adalah patung figura, patung chibi, pakaian seperti jaket, kemeja-T, dan topi, dan juga cawan. Jika anda merupakan peminat tegar permainan video Ubisoft atau ingin membeli hadiah untuk seorang peminat tegar, ini kedai yang sesuai!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.