MPL Malaysia dan Singapura Musim Keenam kembali, pendaftaran kini dibuka!

By Hazril Md Nor | July 14, 2020

Selepas sekian lama, nampaknya Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL MY/SG) Musim Keenam kini tiba!

Empat pasukan (2 Malaysia dan 2 Singapura) akan dipilih dari pusingan kelayakan malah akan sertai enam lagi pasukan jemputan dari musim kelima (4 pasukan Malaysia dan 2 pasukan Singapura) di peringkat liga. 

Pusingan kelayakan akan bermula selama tiga hari dari 24 Julai hingga 26 Julai ini.

Bagi Singapura pula, ia akan berlangsung pada dua hari saja iaitu 25 Julai dan 26 Julai.

Untuk mendaftar, anda boleh ke link INI.

Bagi pasukan Singapura, sila klik link INI.